Tuesday, June 28, 2011

Teman, Bukan Sekadar Menemani

aku bersyukur punya teman. biar tidak seanggun bidadari asalkan cantik peribadi diri. biar bukan golongan bijak pandai asalkan arif hal agama. biar tidak sepopular artis asalkan 'top' dek budi pekerti. biarkan dia bukan siapa-siapa asalkan senang menerima aku.

sayang ini sentiasa ada untuk kamu tak kira walau apapun dugaan. meskipun sering berselisih, namun itu bukan penghenti ukhuwah ini. buktinya sehingga kedetik ini kita masih lagi bersahabat. dengan adanya kalian buat hari-hariku cukup indah. biar masa berlalu, hari berganti namun ukhuwah ini tidakkan ada galang-gantinya. sekali bersahabat selamanya akan kekal sahabat.

kalian juga teman aku. tempat aku bergurau, bergelak tawa walaupun terkadang hati kalian pernah terguris dek gurauan aku. aku senang berteman dengan kalian. semakin hari kita semakin rapat. hati ini semakin sayang atas jalan ukhuwah kita. semoga sentiasa subur dan mewangi.
tidak mengharapkan apa-apa dari aku cukuplah sekadar berteman kerana Allah. tidak memilih dalam keadaan tertentu untuk berteman denganku. aku adalah aku. jika engkau mendambakan teman secantik puteri kayangan tak bisa aku turutkan, andai engkau menginginkan teman segenius adi putra maaf aku cuma begini. insan yang tak punya segala kesempurnaan. hanya meminjam apa yang telah diberi pinjam. aku tak mampu mengubah ciptaan tuhan melainkan berusaha menjadikan yang lebih baik.
mengharap agar kau bukan teman hanya sekadar menemani. bimbinglah aku agar menjadi lebih baik. tegurlah aku biar aku lebih berwasapada. sungguh ! aku bersyukur dan berbangga punya engkau sebagai teman.

sewaktu menyambut ulang tahun kelahiranku yang ke-20 tahun. walaupun dah agak lewat tapi korang still nak sambut jugak. terharu sangat siap ade hadiah lagi. itulah namanya teman, hadirnya bukan sekadar menemani tapi hadirnya memberikan 1001 erti dalam hidup. terima kasih teman.

Friday, June 24, 2011

Jika . . .

jika tiada angin
masakan pokok bergoyang
menyapa sang angin
lembut menyentuh pipi

jika tiada mentari
gelaplah kiranya penduduk bumi
meraba, teraba dalam ilusi
umpama si buta bangkit berdiri

jika tiada air
tanduslah penduduk alam
tiada lagi hayat buat insan
umpama bangkai bergelimpangan

jika tiada kehidupan
masakan terwujudnya sayang
tersimpulnya simpati
sebatinya ukhuwah

jika bukan kerana cinta Illahi
tidakkan terbentangnya nikmat insani
suka, duka silih berganti
teriringnya bersama rahmat dijanji

jika bukan kerana pencipta
takkan kita melihat dunia
merasai cinta manusia
yang bersifat sementara cuma

hakikatnya jika tiada pencipta tidakkan terwujud segalanya

Monday, June 20, 2011

Sayang d'sayang


andai sayang harus diuji
aku rela menelan sepahit ini
andai sayang harus dikongsi
maaf, itu bukan pinta hati

andai disayang terus diluka
cukup kau tahu aku terseksa
andai disayang buatmu sengsara
aku dahulu pantas merasa

andai sayang belum terbukti
tiada apa harus kubuat selain menyepi
andai sayang sering disalaherti
maaf, itu tak mampu kuhindari

andai disayang buat kau kehilangan
jangan sekali berlindung sebalik bayangan
andai disayang kau dalam kekeliruan
cukup layanan tanpa kemesraan

kadang-kadang kita tidak sedar, bermula dengan kemesraan mampu menerbitkan pengharapan. apabila harapan itu tidak sama dengan apa yang diharapkan pasti bagai tsunami kecewa datang menghempas tangkai hati. dan kadang-kadang kemesraan itu sering disalah tafsir. mungkin itu memang cara dia cuma kita sahaja yang terlebih perasan. ingatkan suka rupanya biasa saja.

sayang bukan paksaan. sayang juga bukan mainan. ya, mungkin kita senang sahaja menuturkan kata sayang walau hakikatnya bukan itu yang dimaksudkan. kita bebas menyayangi semua makhluk didunia secara rahsia mahupun secara zahir. tetapi, awas ! jangan sesekali mengharapkan sayang akan terbalas. sayang tak bermakna d'sayang. cukup mngetahui diri menyayangi dari mengetahui yang disayang tidak menyayangi.

memang madu itu manis hakikatnya. tapi, dalam situasi berbeza madu juga dianggap pahit terpulanglah bagaimana kita mencorakkannya. umpama memakan madu bersama hempedu, bibir tersenyum hati menangis tak siapa yang tahu.

Thursday, June 16, 2011


Seringkali aku diterjah dengan pebagai perasaan hingga kadang-kadang membuat aku hilang pertimbangan dan disetiap kali itu jugalah aku sering tertewas dengan amarah sendiri. Terlalu mengikut kata hati hinggakan ada hati-hati yang tegarku sakiti. Cuba berfikiran matang namun, tindakan perasaan lebih dominan. Mungkin ada baiknya aku begini. Teruskan menyepi tanpa kata kerna bimbang amarah semakin membara. Berlawan kata bukan jalan penyelesian dan aku perlukan masa untuk kembali bersua.

Mainan hati terlalu rumit. Biarpun mulut berbicara manis namun bicara hati itu lebih jujur. Mulut bisa berbohong tapi hati tidak akan pernah berdusta. Andai sahaja hati bisa berkata tanpa mulut bersuara sudah pasti tiada dusta antara kita. Walaupun suatu saat nanti mulut bisa melafazkan maaf dan melupakan segala sengketa jangan pernah mengharap sang hati juga turut memadamkan memori luka. Kerna dasarnya terletak dalam hati. Sekali terluka bukan bermakna selamanya akan tetapi segaris luka akan tetap terkesan selamanya.

Tuesday, June 14, 2011

Segala Yang Indah Ada Padanya

puan safiah binti haji kassim insan ini yang teramat istimewa dalam hidup

Terasa ingin berlari saat ini dan memeluk erat tubuhnya. Saat aku kecewa dia sentiasa menemani, saat aku gembira sedikit tidak ku melupai. Senyumannya langsung tak pernah lekang walau sepenat apapun. Seorang yang tegas dan tetap pendirian juga seorang yang tabah. Sangat rajin berusaha hobinya pula suka memasak. Sering memasak segala macam makanan kesukaanku, abah, kakak dan abang. Buku resepinya tebal dan banyak. Macam-macam ada dari masakan lauk-pauk sehinggalah kuih-muih. Sebab itu ibu tak suka membeli kuih-kuih dipasaran apabila tibanya syawal. Tak sedap katanya baik ibu yang buat. Walaupun penat seharian bekerja, namun juadah tu biarlah dari air tangan sendiri untuk anak-anak dan para tamu. Sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada aku dan adik-beradik yang lain. Seteruk apapun keputusan yang kami dapat ibu hanya tersenyum dan kata-kata semangat sering dibisikkan. Aku tahu kiranya ibu kecewa dan aku mula berazam untuk memperbaiki kekurangan agar mampu kembalikan ceria diwajahnya.

Ibulah tempat mengadu, berbual, bergurau dan berkongsi cerita. Kata ibu " doa ibu sentiasa yang baik untuk anaknya. adik boleh! " hampir mahu menitis air mata ini saat membaca pesanan ringkasnya kelmarin. Sungguh! aku mula bersemangat kembali untuk meneruskan perjuangan dimedan menuntut ilmu ini. Aku akan buat yang terbaik demi ibu dan abah. Semoga doa ibu seiring dengan usaha. Benarlah kata-kata segala yang indah ada pada insan ini, IBU. Tiada yang lebih bernilai yang dapat menggantikan dirimu. Semoga sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik. Adik amat menyayangi ibu.

ketika menyambut ulang tahun aku yang ke-20 tahun pada 9 jun 2011

Tuesday, June 07, 2011

Limau Purut

Assalamualaikum buat pengunjung blog ni. Memandangkan minggu lepas aku baru balik dari kampung moyang aku di Kampung Tenang, Labis, Segamat, Johor ( memang tenang je ) untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu abah jadi, macam-macamlah yang dibawa balik. Haa kalau tak penuh but kereta dengan pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan segala macam ulam-ulaman tak lah balik kampung namanya ye tak? Maklum sajalah orang kampung ni memang suka bercucuk tanam. Seronok tengok semua tanaman menjadi cakap je nak ape petik. Segar-segar dapat bawa balik rumah. Tambahan pulak percuma. Dalam sibuk-sibuk ibu dan abah bersembang dengan sedara-mara, buka pula topik pasal limau purut ni. Inilah yang aku nak kongsi serba sikit khasiatnya dengan rakan-rakan blog.

Limau purut atau nama saintifiknya Citrus Hystrix ini bukan sahaja digunakan didalam perubatan tradisional Melayu selain daunnya digunakan dalam masakan seperti tom yam malah ianya juga berkesan sebagai penggalak antitumor iaitu kanser. Buahnya boleh digunakan terus untuk mencuci kepala, dipercayai boleh menghilangkan kelemumur, melegakan kulit kepala dan mengharumkan rambut. Sebelum perapi rambut diperkenalkan, perahan limau yang turut mengandungi asid sitrik digunakan serata dunia untuk merapi dan menyinarkan rambut. Asid sitrik kini lebih dikenali sebagai AHA dengan khasiat tersendiri, sentiasa digunakan membuat krim kulit yang dirumus daripada AHA. Kandungan asidnya membantu mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga boleh digosok pada seluruh badan untuk menghilangkan bau badan serta boleh membunuh pacat. Limau purut juga dikatakan mampu menghilangkan bau-bauan hanyir dan kuat contohnya ikan dan getah scrap dan dijadikan sebagai pewangi didalam kereta mahupun rumah. Ianya juga berupaya merawat luka, lebam, gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah. Airnya boleh diminum dicampurkan dengan sedikit air walaupun rasanya sedikit kelat berbanding limau kasturi boleh juga ditambahkan sedikit garam. Ia dipercayai mampu menghilangkan keletihan dan sakit-sakit badan.

pokok limau purut
daun limau purut
Terkenal sebagai sumber asid sitrik terbaik, buah limau purut berbentuk bulat dan kulitnya hijau berkedut. Pokoknya pula kecil. Batang dan rantingnya dipenuhi duri. Daunnya berbentuk kembar dua, berwarna hijau dan selalunya digunakan sebagai penambah aroma makanan. Ada kala daunnya dijadikan air rebusan mandian terutama ketika dalam pantang.
Oke bila dah tahu kepelbagaian khasiat limau purut ni, abah aku pun terus la letak kat dalam kereta dia. Ibu pula siap parut letak kat ruang tamu, aku letak kat bilik lah. Sedap baunya harum. Tapi, tak semua orang yang suka akan bau limau purut ni contohnya sepupu abah aku langsung tak boleh cium walhal dekat rumah dia ade je. Ibu aku ade tanam tapi buahnya tak normal kecil-kecil sebab tanam dalam pasu orang kate pertumbuhan dia terbantut. Selamat mencuba !

Mentari Hidup


Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Pertama kali mendengarnya sungguh tersentuh rasa hati. Lirik yang sangat bermakna berkisar tentang kehidupan insani yang kian terumbang-ambing dalam arus kehidupan. Terima kasih untuk abang Syed Najib yang telah berkongsi lagu ni. Sedap. Melodi dan lirik serasi.

Monday, June 06, 2011

Suka Atau Cinta

Menyukai dan menyintai adalah dua perkara berbeza. Menyukai tidak semestinya menyintai kerana menyukai boleh kepada setiap manusia akan tetapi menyintai hanya kepada yang benar-benar bererti dalam hidup seseorang. Akan tetapi, menyintai pula sudah pasti menyukai. Amat mudah untuk menyukai namun, sukar untuk menyintai dan menerima dan bila berpeluang untuk dicintai berilah peluang untuk menyintai serta menerima dia seadanya...


AKU,

pernah punya sejarah kisah kasih. benci pada mulanya, suka pada pertengahannya dan putus diakhir cerita. ya, aku memang mudah untuk menyukai. tapi, menyintai itu perlukan kepastian walaupun hakikatnya aku tidak pasti dengan perasaan sendiri ketika itu sehingga melukakan dia setelah mencuba untuk menerimanya. maaf, tak semudah itu untuk menyintai akan tetapi aku akui aku sememangnya menyukai dia. pengalaman itu buat aku selalu berfikir panjang sebelum memberikan komitmen bersama orang lain.
bertemu lagi dengan seseorang. berkawan seperti biasa, bergurau, berkongsi cerita, bertukar pandangan dan sesekali berbicara tentang perasaan. ya, aku mengakui teramat menyukai dia. tapi, aku tak pasti suka yang biasa atau yang luar biasa. sesekali terasa sepi tanpa perkhabaran darinya, kadang-kadang terasa cemburu pula bila dia terlalu akrab dengan rakan-rakan lain.
suka atau cinta ?

hakikatnya terlalu ramai yang aku suka. cinta ? belum ada lagi.

apa yang pasti sesuka dan secinta mana pun kepada seseorang itu bukan jaminan akan terus bersama. ada orang bercinta bagai nak gila tapi, akhirnya tiada jodoh dan ada juga yang tidak pernah mengenali, bercinta namun tetap berjodoh. siapa yang mampu membaca dan melawan takdir kan.

Sunday, June 05, 2011

Saatku tinggalkan 'PINK'

Assalamualaikum semua. Hai, nampaknye dah lame tak update blog ni. Sibuk dan takde idea. Oke, cuti semester aku pun hanya berbaki lagi seminggu. Wuargh ! malasnye nak balik kampus + cemburu tengok abang dan pelajar ijazah lain dapat sambung cuti sampai lepas raye. Wah ! sakanlah ngkorang ea. Takpe-takpe nanti aku pun merase jugak.

cantik.tapi..tak mungin baju pengantin aku warna ini. hehe

Adatlah cuti sekolah ramai bebeno yang nak menikah. Seronok tengok pengantin sebab aku ni 'alergic' tengok orang kahwin. 'Excited' macam aku pulak yang jadi pengantin. Suke, suke, suke sangat ! tak tahu nak gambarkan macam mane rasenye lagi-lagi bile dengar bunyi kompang terase macam nak kahwin la pulak. Hahaha. Calon pun tak ade dengar dek ibu aku masak aku. Dahlah tak habis belajar lagi menggatal pulak. Kalau pergi kenduri kahwin tu biarlah tak dapat makan asalkan dapat tengok pengantin sebab aku ni tak suke sangat makan nasi minyak. Makan pun buat syarat jela takkan tak makan langsungkan. Sebenarnye aku nak cerite sikitlah tahun ni kebanyakan pasangan memilih warne tema 'pink' untuk hari persandingan mereke tu lebih-lebih lagi sebelah pihak perempuan. Cantik ! lembut je warnanye yang penting sesuailah dengan pengantin lelaki. Maklumlah, lelaki kan susah nak pakai warne-warne yang ala-ala 'jambu' ni. Tapi, serius memang cantik. Aku sangat suke pada warna-warna 'pink', merah, maroon dan yang seangkatan dengannya.

Oke masuk pade tajuk. Saatku tinggalkan 'pink' maka bermulalah 'revolusi pink'. Sane-sini aku pergi mesti ade 'pink' walaupun tak banyak sikit-sikit tu ade jugak terselit 'pink'. Tinggalkan bukan bermakne dah benci tapi berubah angin la pulak.'Pink' tu sentiase ade sebab masih elok tapi adatlah dah pakai lame sikit-sikit tu adelah cacatnye lebih-lebih lagi dah ade penambahan sikit pade konea mate ni. 'Pink' tu dah banyak berjase pade aku bermule dari tahun 2008 lagi. Banyak kisah dengan 'pink' tu. Suke-duke, sahabat-teman, cinte-sayang semue ade. 'Pink' tu lah jadi 'landmark' supaya orang senang nak kenal. Tak tahu name tapi bile jumpe kenallah jugak siap panggil 'pinky' pulak. Eeeeyuu. Tapi, kalau nak buat jahat tu kene hati-hatilah memang 'aim' habis silap-silap aku je yang kantoi. Mule-mule pakai orang pandang lain je yang tersenyum, tertawenye lain yang sibuk menanye pun ade siap cakap 'beraninye pakai warne macam ni'. Hahaha gelak jelah. Tapi, sekarang ni dah lain 'pink' pun dah mendapat tempat dihati ramai disaatku tinggalkan 'pink'. Cukuplah aku mengarut malam ni bukan nak bagi input bergune pun saje nak membebel.

'pink' aku

masih ade. mane tahu nak pakai pulak

selamat datang 'silver' baru. antara spect&handphone aku lebih memilih kamu biarpun hargenye mampu untuk membeli sebuah handphone baru~

lepas ni 'no more pinky' lah

memang teringin nak pakai yang ni at last dapat jugak alhamdulillah