skip to main |
skip to sidebar
bila rebah dipertengahan, ku perlu kekuatan untuk meneruskan
biar tersungkur dikaki kekecewaan, asalkan aku sampai ke pengakhiran.
alhamdulillah, berakhir sudah subjek IRF 2011 Penulisan Ilmiah syarat wajib untuk bergraduasi bagi pelajar diploma pengajian islam. macam-macam perasaan menerjah tangkai hati dikala menyiapkan tugasan ini. bukan mudah namun tak susah tapi barangkali tidak menguasai itu membuatkan aku sedikit goyah dan lelah. penulisan wajib menggunakan bahasa arab. mujur penyelia tidak begitu tegas, namun mungkin sedikit rumit bila beliau seakan berlembut dan kurang mengendahkan. barangkali terlalu banyak kerja yang perlu beliau uruskan. apapun jutaan terima kasih buat penyelia yang memberikan tunjuk ajar dalam penyiapan kertas kerja ini. tak lupa juga kepada rakan sekumpulan Lina dan Jannah yang sabar dengan karenah aku. maaf andai ada terkasar, tersilap atau terlebih kata dalam berurusan dengan aku. ya, akui ku memang sedikit emosi.
kurang lebih hanya ada sebulan sahaja lagi untuk aku menghabiskan sisa-sisa perjalanan dibumi unisza ini. terlalu singkat waktu itu ku rasakan. akhirnya, 3 tahun sudah aku menyulam kasih, naik turun kapal terbang dari terengganu ke kuala lumpur ke terengganu semula setibanya cuti semester. pasti akan kurindui segala yang ada disini. ya, pasti.
untuk bermula ia terasa payah dan terlalu jauh,
namun semakin tiba di pengakhir garisan seakan ingin berulang.
#sedetik lebih lagi untuk bersama biar menyimpan memori selamanya.
seandainya takdir aku disini lagi, biarkan tinggalan kenangan kita tetap utuh disetiap ruang sudut unisza agar aku bisa mengimbau saat manis bersama walau nanti kau, aku, dia dan kita tidak lagi bersama dibawah satu bumbung.
foto kenangan di majlis semarak kasih sempena meraikan kami yang senior bakal menamatkan pengajian diploma. terima kasih banyak-banyak adik-adik junior. hanya sebahagian saja yang hadir, yang lain mungkin ada hal tersendiri tapi tak ape sebab masih meriah lagi. terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memeriahkan.