Thursday, May 31, 2012

Berbengkel Kite

31 Mei 2012
the end of this month
Bengkel Penyusuan Ibu Bekerjaya 2012
"Susu Ibu Susu Bermutu"
Pusat Kegiatan Saudara Baru
Komples Darus Saadah,
Rahang Negeri Sembilan :)
anjuran
Pusat Kaunseling MAINS
Daerah Rembau

http://openseam.net/2012/05/darus-saadah-the-first-chinese-mosque-in-negeri-sembilan/

terpesona dek seni bina cina yang mengekalkan ciri-ciri dan budaya masyarakat cina.
sungguh, terasa seperti sedang mengadakan lawatan kerja sehari di negeri cina.
cantik sangat.
bak kata ibu, walaupun dah menganut islam,
budaya mereka tetap dikekalkan sebab,
yang bertukar hanya agama bukan bangsa. kan?
apepun kagum dengan usaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan MAINS
dalam memastikan golongan mualaf ini terbela dan memberi bimbingan
kepada mereka untuk mendalami islam.
itu cerita tempat program.

kelebihan susu ibu

program ni memang banyak faedahnya.
kalau nak cerita memang panjang lebar
so klik je kat sini 
banyak info yang boleh diketahui
apepun memang best lah
untung single-mingle lagi dah dapat pendedahan tentang ini.

eh tu pun sebab gantikan opismate HAHA 
thanx kak nurul a.k.a my buddy :D

Monday, May 21, 2012

Bisik Hati

bukan tiada lagi cinta dihati ini
cuma,
aku tak mahu sejarah lalu berulang kembali
bukan aku memilih
tapi,
mungkin belum terbit rasa dihati
ya,
terkadang aku keliru dengan bisikan naluri
ingin saja ku terima si empunya diri
namun,
ku harus tegas jangan cepat memberi
kerna,
khuatir itu cuma bolak-balik si hati.


Tuesday, February 14, 2012

Sedetik Lebih 2

bila rebah dipertengahan, ku perlu kekuatan untuk meneruskan
biar tersungkur dikaki kekecewaan, asalkan aku sampai ke pengakhiran.
alhamdulillah,  berakhir sudah subjek IRF 2011 Penulisan Ilmiah syarat wajib untuk bergraduasi bagi pelajar diploma pengajian islam. macam-macam perasaan menerjah tangkai hati dikala menyiapkan tugasan ini. bukan mudah namun tak susah tapi barangkali tidak menguasai itu membuatkan aku sedikit goyah dan lelah. penulisan wajib menggunakan bahasa arab. mujur penyelia tidak begitu tegas, namun mungkin sedikit rumit bila beliau seakan berlembut dan kurang mengendahkan. barangkali terlalu banyak kerja yang perlu beliau uruskan. apapun jutaan terima kasih buat penyelia yang memberikan tunjuk ajar dalam penyiapan kertas kerja ini. tak lupa juga kepada rakan sekumpulan Lina dan Jannah yang sabar dengan karenah aku. maaf andai ada terkasar, tersilap atau terlebih kata dalam berurusan dengan aku. ya, akui ku memang sedikit emosi. 
kurang lebih hanya ada sebulan sahaja lagi untuk aku menghabiskan sisa-sisa perjalanan dibumi unisza ini. terlalu singkat waktu itu ku rasakan. akhirnya, 3 tahun sudah aku menyulam kasih, naik turun kapal terbang dari terengganu ke kuala lumpur ke terengganu semula setibanya cuti semester. pasti akan kurindui segala yang ada disini. ya, pasti. 
untuk bermula ia terasa payah dan terlalu jauh,
namun semakin tiba di pengakhir garisan seakan ingin berulang.

#sedetik lebih lagi untuk bersama biar menyimpan memori selamanya.
seandainya takdir aku disini lagi, biarkan tinggalan kenangan kita tetap utuh disetiap ruang sudut unisza agar aku bisa mengimbau saat manis bersama walau nanti kau, aku, dia dan kita tidak lagi bersama dibawah satu bumbung. 





foto kenangan di majlis semarak kasih sempena meraikan kami yang senior bakal menamatkan pengajian diploma. terima kasih banyak-banyak adik-adik junior. hanya sebahagian saja yang hadir, yang lain mungkin ada hal tersendiri tapi tak ape sebab masih meriah lagi. terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memeriahkan.