Thursday, May 26, 2011

Takdir Sudah Tersurat

SEHARUSNYA TIDAK MENEKAN (JIWA KAMU) OLEH BALA YANG MENIMPA KAMU KERANA KAMU MENGETAHUI BAHAWA TUHAN MENGUJI KAMU DAN DIA YANG MENIMPAKAN KAMU DENGAN TAKDIR-NYA ADALAH TUHAN YANG BIASA MEMBERIKAN KEPADA KAMU YANG BAIK-BAIK YANG DIPILIH UNTUK KAMU.

SESIAPA YANG MENYANGKA TIADA KEHALUSAN HIKMAT PADA TAKDIR YANG MENIMPANYA, ITU ADALAH KERANA SINGKAT PANDANGAN (MATA HATINYA).

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus bernafas oleh Allah SWT. Heboh disana-sini menanyakan keputusan peperiksaan akhir semester yang baru dikeluarkan sebentar tadi. Syukur kerana masih dikurniakan natijah yang baik walaupun tidak sebaik keputusan yang telah lepas. Namun, jauh disudut hati ini masih terasa kecewa dan terkilan dengan keputusan itu. Biasalah asal saja namanya manusia tak akan pernah rasa cukup dan berpuas hati dengan apa yang telah ditakdirkan. Mulalah mulut, hati dan jari ini menunding menyalahkan sipolan. " Itulah, kedekut sangat nak bagi markah "  nescaya kata-kata ini akan terpacul dari mulut kita. Tapi, cakap banyak pun tak guna juga sebab natijah dah pun keluar.

Dalam kekecewaan ini, aku terbaca satu artikel bertajuk "Takdir Adalah Ujian Allah". Maka, aku berfikir sejenak tentang maksud dua potong ayat diatas ini. Ya, inilah ujian Allah buatku. Mungkin dahulu aku senang berada diatas, terlalu alpa dan leka sehingga kadang-kadang aku terbuai dek rahmat Allah itu. Dan tatkala kesenangan itu mula ditarik sedikit demi sedikit, aku mulai mengeluh, gundah dan tak habis-habis menyalahkan orang sekeliling sedangkan kita sedikit pun tidak pernah mengetahui kehalusan hikmah disebalik takdir yang menimpa itu. Mungkin ini sebahagian dari 'ingatan' Allah buatku yang sering terleka dengan nikmat dihadapan. 

Sedarlah, bahawa hidup ini sentiasa berputar. Kesenangan tidak selamanya kesusahan juga tiada abadi. Jadi, Husnul Dzan Billah ( berbaik sangka terhadap Allah ) itu adalah kunci kekuatan tika diambang kekecewaan dan kesedihan. Kerana Allah telahpun berfirman didalam al-quran:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." 

Ayat ini jelas membuktikan bahawasanya Allah itu tidak akan sekali-kali membebankan hamba-NYA melainkan dengan kesanggupannya. Allah Maha Mengetahui tentang setiap keadaan hamba-NYA. Akhirnya, buat mereka yang berjaya dengan cemerlang tahniah aku ucapkan dan buat yang kurang ataupun keputusannya jatuh sama-samalah kita terus melangkah dan tinggalkan kekecewaan hari ini dengan kecemerlangan hari esok. Ingat ! Takdir itu ujian Allah.

Pasti akan muncul PELANGI yang indah selepas HUJAN melanda. ya...pasti
 

Wednesday, May 25, 2011

Kata Hati


Kata hati
bebas melakar bicara
bebas merasai rasa
bebas mencipta cinta
tetapi
harus bijak mengawal agar tidak binasa 

Kata hati
izinkan aku mengenalimu
berkongsi rasa bersamamu
melayar bahagia disetiap harimu
kerna
aku sudah JATUH padamu

Kata hati
kau bisa ukirkan senyuman
mesra dalam gurauan
lembut dalam teguran
sejuk dalam pandangan
walau terkadang hati terasa tanpa SAPAAN

TAPI

Kata hati
usah kau menjeratku dalam PERCATURAN
andai memang tiada rasa lepaskan
biar aku bisa sendirian
mencari erti kebahagian

Kata hati
berikan jawapan
agar aku tidak kesamaran
berikan penjelasan 
agar tidakku terbuai dengan kemesraan
biar aku jelas dengan perasaan

Kata hati
tidak mahu terus terbuai
tidak mahu terus melukai dan dilukai
biar caturan takdir mengakhiri
dengan ikatan yang diredhai




Monday, May 23, 2011

CEMBURU !


Aku manusia yang dikurnia perasaan CEMBURU
walau cuba ku nafikan
namun itu yang sering kurasakan
mungkin engkau cuba menyembunyikan
tapi naluriku tidak dapat dibohongkan

Cukuplah bermain dalam bayangan
tak sanggup untukku berhadapan
andai itu sudah benar, katakan
usah kau berselindung disebalik perasaan

Aku hanya mahukan kejujuran
jelaskan dengan pengakuan
bukan dalam kesamaran PERMAINAN
jika benar tiada lagi keserasian
rela kau ku lepaskan

Andai engkau memahami
setiap saat aku merindui
kenangan silam mengisi memori
namun seakan tiada erti
kerana DIA bagimu lebih bernilai . . .

~ sungguh sentap hati ini membaca kata-kata diDINDING ENGKAU. Ya, memang aku cemburu ! ~