 |
| yang ni bukan aku punye.gambar hiasan je.tak mampu nak beli |
Basikal (biasa orang menyebutnya) >
Gerek (utara tanah air) >
Ssika (klate). Hobi sejak kecil. Belajar mengayuh menggunakan basikal
tiga roda kemudian
empat roda dan meningkat umur 7 tahun mengayuh basikal normal iaitu
dua roda. Itulah kali pertama mengayuh basikal dewasa walaupun zahirnya aku ni nampak
kontot je. Memang basikal tu
lebih besar dari aku. Kata abah
" tak padan nak basikal besar, seat tinggi tak nak kalah". Hahaha. Biarlah nak cakap apapun yang penting aku suka. Setiap petang, pulang dari sekolah terus
sambar basikal bersama kakak keliling taman termasuklah hari cuti. Pertama kali belajar tunggang basikal tu banyak kali terjatuh.
Abahlah yang tak jemu-jemu
ajar. Terime kasih abah sekarang dah
tak jatuh lagi sebab dah pandai imbang. Aku pun tak pasti ape sebabnya aku terlalu
gila berbasikal sampailah sekarang. Seronok mungkin biarpun berkali-kali tersungkur
menyembah bumi. Bekasnya masih ade. Tapi, tak pe pengalaman mengajar erti hidup.
 |
| zaman kanak-kanak punye ni |
 |
| meriah betol warne ni yang dewase punye tak de macam ni ea? |
Bila
pertama kali sampai ke UnisZA ni aku agak terkejut jugak sebab
banyak sangat basikal. Pelik. Dah masuk u pun masih nak basikal ke? Melihatkan keadaan u yang boleh
dikatekan besar ni aku mulai faham. Basikal, kenderaan
utama disini bagi
mahasiswi lah khususnya. Ibu mula bertanya mahukan basikal jugak ke? Senang nak bergerak. Lagi tepat nak
bersenam. Hehehe. Mase tu jual
mahal. Bukan ape banyak nak pakai duit untuk urusan yang lebih penting. Tangguhkan dulu. Masuk semester 2 ibu bertanya lagi. Dan untuk yang kedua kalinya aku
menolak. Alasan kali ni
malaslah. Tapi selalu je
pinjam orang punya basikal sebab
kemaruk nak berkayuh dan nak pergi
pantai, pasar malam dan
7-e depan u. Hahaha. Padahal nak
jimat duit.
Dan kini berada di semester 5, tahun
akhir. Aku dah ade basikal
sendirilah. Macam tak percaye tapi itulah hakikat. Ramai bertanya termasuk
'adik sebilik'..
"dah nak abes baru nak beli" aku jawab..
"nak kuruskan badan". Hahaha. Mampu ke hanya dengan berbasikal? Tunggu dan lihat. Fenomena
'Basikal Fixed Gear' sedang melanda Terengganu amnya dan UnisZA khasnya (yang ni majoritinya kaum
adamlah) membuatkan aku
meluap-luap nak beli basikal. Tapi, tak mampulah nak beli yang tu
tengok je. Beli yang biase-biase sudahlah asalkan boleh
kayuh. Petang ke pagi ke memang
bersepah budak-budak u aku ni berbasikal. Meriah je tangok dengan pelbagai warne. Kalau dulu budak
perempuan je sekarang
lelaki pun same. Dulu
ejek-ejek perempuan yang naik basikal sekarang semua same je. Yang
beze hanyalah basikal. Terime kasih kepada
nuramalina daod sebab tunaikan hasrat. Dialah yang bawak aku pergi kedai basikal. Dapat merase basikal sendiri. Hehehe.
 |
| yang ini baru aku punye. tapi yang sebelah sane la cume tambah bakul je.senang nak sumbat barang. |
Orang kate berbasikal boleh
sihatkan badan. Aku pun buat research sikit aku pun jumpelah
petikan ni. Sila baca kalau nak tahu.
Ketika Dato' Hasan Nawawi (Wira Daratan) menyampaikan ceramah mengenai pengalaman beliau berbasikal mengelilingi dunia (4 Januari 2001- 27 Januari 2002) di Dataran Usahawan, Bandar Baru Bangi pada 26 Disember 2009, beliau mengutarakan, kelebihan berbasikal, antaranya dari segi fizikal ialah menyihatkan badan. Kata Dato'Hasan "Berkayuh basikal menguatkan otot-otot terutama, kaki, betis, paha, lengan dan menggempalkan badan." Sememangnya melihat kepada fizikal Dato' Hasan kini, walaupun sudah dalam lingkungan umur 50an, tetapi tegak sasa, bagai orang muda penuh bertenaga berumur 40an. Menurut beliau lagi, "Berbasikal ialah cara exercise murah yang tidak perlu kepada perbelanjaan yang mahal dan tidak perlu kepada tempat khusus, bila-bila boleh dilakukan, asal ada ruang dan jalan" katanya."Dengan berbasikal dapat menjaga badan, mengelak dari darah tinggi dan kolesterol," tambahnya.
"Dengan mengamalkan berbasikal, kita tidak perlu menyediakan peruntukan kewangan untuk membeli ubat bagi mengelak dari kegemukan dan berbagai penyakit. Tubuh kita normal sihat dan slim secara asli," terangnya.
Menurut Dato' Hasan, ayahnya juga suka berbasikal dan bekerja menggunakan tenaga seperti berkebun. Menurutnya, "Hayatnya lanjut hingga berumur 91 tahun." Kata Dato' Hasan secara bergurau, "Saya juga mungkin, insya Allah berumur lanjut," katanya.
Semasa menyampaikan ceramahnya, banyak ungkapan lucu diutarakan secara bergurau, tetapi benar. Kata Dato' Hasan,
"Orang berbasikal lambat nyanyuk!" Kenyataan beliau ini ada kebenarannya, oleh kerana jika selalu berbasikal, tubuh sihat dan tidak berpenyakit, maka fikiran waras dan wajarlah lambat nyanyuk!
Ungkapan beliau yang lain, "Orang gila tidak boleh berbasikal, walaupun sebelum gilanya sudah berbasikal," kata Dato' Hasan, Mengapa? Ini ialah kerana semasa menunggang basikal perlu kepada konsentrasi, balancing dan pengimbangan yang tinggi. Orang gila tak ada kemampuan balancing dan pengimbangan. Sebab itu ada ungkapan, "Orang gila otak tak centre", sebab itu tak boleh berbasikal.
Konklusinya, Jika anda mampu berbasikal anda tidak berpenyakit gila. Anda juga seorang yang rasional. Sebab itu selalulah berbasikal! Dengan berbasikal meningkatkan kesihatan dan keseimbangan mental!
Banyak pendapat sebenarnya tentang aktiviti berbasikal ni. Jadi, terpulanglah kepada masing-masing untuk mengambil setiap pendapat ni sebagai pengetahuan ataupun tidak. Sekian dulu nak
berbasikal malam ni
cik anis sudah menunggu
she was addicted to cycling. Hahaha.
***Tunggu
cik syira dan
cik lin beli basikal dan cik jannah
repair basikal beliau. Nak
konvoi pulak. Hahaa.
 |
| khas untuk mike berempat anis, syira, lin dan jannah. tak payah runsing2 pikio pam tayar. |