Tuesday, July 30, 2013

Terus Bersama


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan  Imam Ahmad dapat dijadikan sandaran dalam hal ini, iaitu Nabi Muhammad SAW menyatakan: “Zakat tidak dihalalkan bagi orang kaya kecuali lima golongan ini, iaitu: (1) amil; (2) orang yang memberi zakat dengan hartanya sendiri (mualaf); (3) orang yang ikut berperang di jalan Allah SWT; (4) orang yang berhutang dan (5) orang miskin yang menerima zakat daripada seorang kaya (dan) kemudian dia menghadiahkannya kembali kepada orang kaya itu.”

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan kepercayaan untuk mempengerusikan majlis-majlis penyampaian bantuan aidilfitri kepada warga penerima asnaf baitulmal daerah seremban. Ramadhan kali ini aku bukan lagi salah seorang kakitangan baitulmal tapi aku bersyukur dan berterima kasih kerana khidmat aku masih diperlukan walaupun hampir setahun aku meninggalkan pejabat ini. Tiada yang berubah, cuma bilangan staff sahaja yang makin bertambah, tak kurang juga yang dah berhenti disebabkan menyambung pengajian, macam aku.

Senda-gurau mereka sering mengingatkan aku sewaktu aku bekerja disini. Seronok, tapi tak kurang juga letihnya. Apappun, disinilah pengalaman kerja aku yang pertama walaupun hanya seorang staff sementara. Disini juga lah segala berkaitan urusan zakat aku pelajari, melayani kerenah asnaf, orang awam yang mahukan bantuan dan banyak lagi. Tak lupa juga, mereka yang banyak menyokong aku untuk berani menjadi pengerusi majlis dalam majlis-majlis yang aku rasakan agak rasmi. Maklumlah, bergaul dengan menteri besar dan adun kawasan masing-masimg. Gementar tak ingat. haha.

Syukur masih diterima dan terus bersama seakan aku masih lagi rakan sepejabat mereka. Semoga ukhuwah ini tetap terus terjalin sehingga maut yang memisahkan. Ameen