Thursday, March 31, 2011

::Siapakah Ahlul Bait Rasulullah?::


Selawat dan salam atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.Semester ini saya mempelajari subjek Mikro Ekonomi menurut perspektif Islam.Pensyarah yang bertanggungjawab mengajar subjek ini juga tidak kurang hebatnya dalam membicarakan tentang isu-isu yang berkaitan dengan Ekonomi Islam.Latar belakang pendidikan beliau juga amat saya kagumi.Walaupun bukanlah berkelulusan seratus-peratus dalam bidang ekonomi namun, beliau mudah untuk diajak berbincang mengenainya.Terlalu banyak pengetahuan beliau dalam bidang agama khususnya fiqh walaupun beliau telah ditawarkan untuk berkhidmat disalah sebuah bank di Kuala Lumpur.Tapi, beliau lebih sukakan suasana kehidupan di bumi Terengganu ini maka, beliau lebih memilih untuk berkhidmat sebagai pensyarah disini.Dua hari lepas rakan sekelas membuat pembentangan mengenai pengagihan zakat dan dalam pembincangan itu pensyarah tersebut ada menyatakan bahawa keturunan Ahlul Bait atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Syed-Sharifah dan beberapa lagi gelaran yang dikenal pasti sebagai Ahlul Bait HARAM menerima zakat.Namun, pensyarah saya beranggapan bahawa keturunan tersebut HARUS untuk menerima zakat melihat kepada beberapa faktor.Berpegang kepada itulah saya tertarik untuk menulis tentang tajuk entri kali ini lebih-lebih lagi saya salah seorang yang berketurunan Syed-Sharifah (Al-Idrus).Hinggakan saya juga sering dilayangkan persoalan yang berkaitan dengan keturunan ini.Siapakah Ahlul Bait? Adakah terhad kepada keturunan Syed-Sharifah sahaja?Benarkah mereka diharamkan menerima zakat?

Pertama mari kita mengenali siapakah Ahlul Bait?

Disini saya akan cuba menerangkan secara ringkas dan padat jurai keturunan Baginda yang masih ada sehingga kini.Yang keturunannya masih berkembang biak sampai sekarang ialah Hasan a.s dan Husain a.s. Kebanyakan keturunan Hasan a.s berada di Timur Tengah, manakala keturunan Husain a.s berada di wilayah Nusantara.

Keturunan Hasan Bin Fatimah Binti Rasulullah a.s
Hasan a.s mempunyai 12 putera dan 8 puteri. Menurut sejarawan, keturunannya adalah lanjutan daripada zuriat empat orang puteranya, iaitu Zaid, Hasan II, Husain al-Asram dan Umar, tetapi hanya keturunan Zaid dan Hasan II sahaja yang dijumpai sekarang. Di Nusantara, Sultan Brunei dan Luak Tampin, Negeri Sembilan adalah daripada keturunan Hasan II Bin Hasan dengan sepupunya iaitu puteri Husain a.s. Mereka yang berketurunan Hasan a.s biasanya memakai prediket ‘Syarif’ pada pangkal nama; kecuali mereka yang berketurunan campuran Ahlul Bait dan orang tempatan, prediket ‘Pangeran’ diguna pakai.


Keturunan Husain Bin Fatimah Binti Rasulullah a.s
Husain a.s dianugerahkan 6 orang putera dan 3 orang puteri. Daripada sembilan orang anak ini, selain puterinya yang berkahwin dengan Hasan a.s, hanya keturunan puteranya yang bernama Ali Zainal Abidin a.s yang masih ditemui. Banyak kesultanan Nusantara berasal daripada keturunan Ali Zainal Abidin a.s melalui cucunya Ja’far al-Sadiq a.s. Prediket ‘Sayyid’ (atau Syed) dan ‘Habib’ biasa dipakai pada pangkal nama keturunan Husain a.s.

Untuk pengetahuan anda, sultan-sultan di negara kita sekarang semuanya merupakan keturunan Husain a.s. Selain Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Selangor, Perak, Kedah dan Perlis, antara kesultanan Nusantara yang berketurunan Husain a.s ialah Riau, Sulu, Mindanao, Pontianak, Champa dan Pattani. Pernah dengar nama Wali Songo? Mereka juga adalah cucu cicit Husain a.s; kecuali beberapa orang yang tidak dapat dipastikan hubungan nasabnya dengan Husain a.s.

Kalau nama anda pangkalnya Nik, Long, Wan, Meor dan Raden, anda memang bertuah kerana moyang anda ialah Husain a.s. Begitu juga dengan mereka yang berketurunan al-Idrus, al-Attas, al-Sagoff, al-Habsyi, dan al-Yahya. Mereka semua adalah antara jurai keturunan Ahlul Bait daripada nasab Husain a.s yang biasa dijumpai di Nusantara.

Saya hanya memuatkan beberapa keturunan sahaja dalam entri ini. Sebenarnya, keturunan Ahlul Bait berada di seluruh dunia, dan kebanyakan daripada mereka menjadi pemerintah atau pembesar selain tokoh ulama dan ahli sufi.

:: untuk maklumat lanjut sila layari http://masterfaiz.com/2009/12/siapa-ahlul-bait-rasulullah-bahagian-2 ::

Keturunan Ahlul Bait sebagai tokoh masyarakat
Sultan Mizan Zainal Abidin (YDP Agong), Sultan Iskandar (Sultan Johor, mantan YDP Agong), Dato’ Nik Abdul Aziz (Menteri Besar Kelantan) dan ramai lagi adalah para pemimpin di negara kita masa ini. Syed Naquib al-Attas (tokoh sejarah) dan Sayed Mahussain al-Idrus (pensyarah Fakulti Tamadun Islam UTM) juga tidak kurang hebatnya sebagai tokoh ilmuwan masyarakat. Bagaimana pula dengan keturunan Sayyid, Habib dan Syarif yang lain? Bukankah nama mereka sering terpahat dalam lipatan sejarah sebagai orang-orang penting dalam sesuatu bidang, contohnya politik, sejarah dan agama? Maka siapakah yang berani merendah-rendahkan martabat Ahlul Bait ini? Hanya Zionis dan anak-anak buah mereka yang tidak ada rasa takut dan malu untuk menidakkan kedudukan tinggi Ahlul Bait di sisi manusia seluruhnya. Mereka menyebar pelbagai doktrin demi mencapai impian memusnahkan Islam, iaitu dengan cara menjauhkan umat daripada cinta terhadap Ahlul Bait. Sejak dahulu lagi sebenarnya Ahlul Bait Rasulullah SAW dijadikan mangsa dengki oleh mereka yang berhati busuk dan tidak beriman dengan Hari Kiamat. Merekalah musuh-musuh Islam, dahulu, kini dan selamanya. Jangan terkejut kalau mereka berada di sekeliling kita; mungkin mereka adalah ahli politik yang kita kagumi, mungkin juga taukeh besar yang menguasai ekonomi dunia, malah tidak mustahil mereka terdiri daripada pemerintah negara. Meritokrasi, kesamaan jantina, kesamaan taraf dan hak, kapitalisme, sekularisme, sosialisme dan yang seumpama dengannya adalah sistem yang dipegang oleh golongan seperti ini. Berhati-hatilah dengan mereka kerana mungkin keimanan dan kecintaan kita terhadap Ahlul Bait akan pudar, seterusnya iman kita pula yang rosak, dan jadilah Islam kita hanya pada nama, na’udzubillahi min dzalik.

“Mereka (Ahlul Bait) adalah keturunanku, dicipta daripada darah dagingku, serta dikurniakan pengertian dan pengetahuanku. CELAKALAH orang daripada umatku yang mendustakan (tidak memperakui) keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. Kepada orang-orang seperti ini, Allah tidak akan menurunkan syafaatku.”

Demikianlah, betapa pentingnya kita mengetahui dan memperakui keutamaan Ahlul Bait Rasulullah SAW. Tidak sempurna iman kita melainkan dengannya. Oleh itu, ambillah pengajaran daripada entri ini dan carilah sumber-sumber rujukan bagi menambahkan pengetahuan dan supaya kita lebih kenal seterusnya lebih cinta akan keturunan mulia ini.

:: saya cadangkan anda merujuk buku Ahlul-Bait (keluarga) Rasulullah S.A.W dan Kesultanan Melayu susunan (Tun) Suzana (Tun) Hj Othman dan Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad; diterbitkan oleh Crescent News (KL) Sdn Bhd; cetakan ketiga 2008. ::


Ahlul Bait dan zakat



Berdasarkan sumber hukum, semua keturunan ahlul bait Rasulullah saw termasuk Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutholib diharamkan menerima sedekah atau zakat dalam bentuk apapun juga. Mereka diberi hak untuk memperoleh bahagian dari ghanimah atau dari harta kekayaan umum (baitul mal). Akan tetapi dalam zaman kita dewasa ini tidak ada lagi ghanimah dan tidak ada pula dana baitul mal sebagaimana yang dahulu pernah terjadi pada zaman pertumbuhan Islam.Dengan terjadinya perkembangan yang demikian jauh dibanding dengan zaman Rasulullah saw, maka sebagai akibatnya para keturunan ahlul bait Rasulullah saw yang hidup kekurangan tidak dapat menerima tunjangan yang oleh syariat telah ditetapkan sebagai hak mereka. Lagi pula banyak sekali di antara mereka yang hidup bertebaran di negeri atau daerah-daerah terpencil. Dalam keadaan seperti ini apakah oleh syariat mereka diperkenankan menerima sedekah atau zakat dari orang-orang kaya setempat untuk meringankan beban hidup mereka sehari-hari ?
Untuk menjawab persoalan ini perlu untuk kita mengetahui dalil-dalil tentang hal tersebut baik dari Al-Quran, sunnah mahupun ijtihad para ulama'.

وَاعْلَمُوْا أَنَّمَا غَنِمْتُمْ مِّن شَيْءٍ فَأَنَّ لِلّهِ خُمُسَهُ وَ لُلْرُسُولِ وَ لِذِى الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِيْنِ وَابْنِ السَبِيْلِ


Ertinya: Ketahuilah, sesungguhnya apa sahaja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang (ghanimah), maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnu sabil.

Dalam kitab tafsir Fath al-Qadir dan Ibnu Katsir disebutkan pendapat yang mengatakan bahawa khumus adalah untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin, ibnu sabil. Selain itu disebutkan pula pendapat yang mengatakan bahawa khumus tersebut dibahagi enam, dan bahagian yang keenam untuk Ka’bah.
Perbezaan pendapat terjadi pula atas bahagian rasul dan kerabat setelah rasul wafat, ada yang mengatakan bahagian rasul untuk khalifahnya, pendapat lain mengatakan bahagian tersebut untuk kerabat nabi saw, pendapat lain mengatakan bahagian kerabat nabi diperuntukkan kerabat khalifah.

Dalam kitab Majma’ al-Bayan disebutkan bahwa khumus merupakan hak dari keluarga Rasulullah, iaitu anak-anak yatim keluarga Muhammad, orang-orang miskin dari mereka, dan ibnu sabil dari kalangan mereka. Hal tersebut sesuai dengan yang diriwayatkan oleh al-Thabari dari Zainal Abidin Ali bin Husin, sesungguhnya khumus adalah hak kami. Allah berfirman :

وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِيْنِ وَابْنِ السَبِيْلِ

Khumus yang dimaksudkan dengan ayat di atas adalah anak-anak yatim kami, orang-orang miskin dan ibnu sabil dari kalangan kami. Hal itu disebabkan mereka telah diharamkan menerima sedekah yang merupakan daki/kotoran manusia, sebagai penggantinya iaitu khumus.

Menurut Syafie dan Hambali : “Harta rampasan perang itu, iaitu seperlima (khumus) dibahagi ke dalam lima bahagian. Satu bahagian adalah untuk rasul, dan dipergunakan untuk kemaslahatan dan kebaikan umat Islam. Dan satu bahagian diberikan untuk kerabat (keluarga), iaitu keluarga dari keturunan Bani Hasyim, baik yang kaya maupun fakir, tak ada bezanya. Dan tiga bahagian lainnya dikeluarkan untuk anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnu sabil, baik mereka dari keturunan Bani Hasyim mahupun bukan.”

Menurut Hanafi : “Bahagian untuk Rasulullah telah gugur dengan wafatnya. Kalau para kerabat (keluarga), mereka seperti yang lain dari kalangan orang-orang fakir mereka diberi kerana kefakiran mereka, bukan kerana mereka menjadi kerabat (keluarga) Rasulullah S.A.W.

Menurut Maliki : “Masalah khumus (seperlima) ini kembali atau diserahkan kepada imam (pemimpin) agar dipergunakan untuk kemaslahatan umat.” 

:: sumber http://pondokhabib.wordpress.com/2009/03/18/ahlu-bait-dan-zakat/ ::

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat merungkai persoalan yang bermain diminda.Wallahu'alam.Segalanya hanya Allah yang mengetahui sebagai khalifah kita hanya mampu berusaha mencari pengetahuan tentang apa yang dimusykili.

2 comments:

  1. P__)), Baru saya faham halnya keturunan Syed/sharifah ni..

    ReplyDelete
  2. dear najihah, you may refer to tun suzanna's book in terms of the rights and value-laden of ahlul bait. As far as the "how one is an ahlul bait" needs to be referred to the asyraf asssociation (M) because they had connection with the world asyraf group that keeps the giant geneological tree of the so called ahlul bait. There is still a lot to prove that the Wali Songos were the great2 grandfather of the so called ahlul bait among the malay royals. it is not the ahlul bait haram for the zakat. it is the bani hasyim (refer Imam Syafie). it just happens during thge time of the prophet they were the ahlul bait.(check this out)

    ReplyDelete