Hanya berbaki seminggu sahaja lagi untuk menamatkan sesi perkuliahan bagi semester ini. Kemudian, akan bertemu pula dengan fasa 'study week'. Hanya seminggu untuk mentelaah segala macam subjek. Dan gerbang imtihan akan bermula seawal 9 oktober 2011 sehingga 16 oktober 2011. Semester ini sangat mencabar kerana banyak benda baru dipelajari ditambah pula 4 subjek awal yang agak berat perlu diduduki secara berturut-turut. Mohon dikurniakan kekuatan mental dan fizikal untuk mengharungi gerbang ini.
Teringat pesanan seorang pensyarah,
Kepada semua pelajar dikasihi yg akan menghadapai minggu akhir belajar.Kuatkan diri.Rendahkan hati.Semakin menekan, semakin kukuh peribadi.Pada masa inilah akan diuji kerana apa kita belajar.Exam? Grade? Ibubapa atau ALLAH.Ingatlah pesan Imam Syafie. "Belajarlah ilmu kerana ilmu itu sendiri bukan kerana pangkat, atau kelulusan".