Biar seketika, asal masih bersua. Bertahun berpisah, sabar menahan rindu, tabah berjauhan akhirnya tetap kembali bertemu. Kau masih seperti dulu. Tiada yang berubah. Senyum, tawa, suara, telatah dan juga manjamu tetap begitu. Benar, aku merindukan segala kenangan itu. Disaat ku kekusutan kau setia menemani, menasihati tak kurang juga menghiburkan hati. Kasih ini tetap kusemai dan kutanam disudut hati agar ia sentiasa berbuah rindu dan subur hingga keakhir hidupku. Tiada yang lain untuk ku jadikan adik buat menemani liku-liku hidup yang penuh dugaan dan cabaran ini. Khas buat adikku Afiqah Nadzirah bt Hanif.
aku percaya pada kekuatan ukhuwah fillah. biar sejuah manapun terpisah ia akan kembali bersua. asal saja ikatan itu kerana allah pasti ianya tetap terjalin sehingga kepenghujungnya. |
Salam dikejauhan buatmu yang tersayang. Sehingga berjumpa lagi. Saat kasih bertaut tiada lain yang kuharapkan selain berkekalan seiring dengan keredhaan Allah. Semoga kasih yang terjalin hanya kerana-NYA. Ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah.
sweet :)
ReplyDeletesuke lagu tu sebab lirik die lah, rancak je...xdee bende lain eh..
ReplyDeleteni nak tacing nie~~~
terime kasih kak!!