Sunday, August 21, 2011

Perasaan oh Perasaan


Sukar dimengerti, sukar memahami. Hakikat insan penuh dengan ragam. Ada yang disenangi tak kurang juga dicemuhi. Puas memahami tetapi seakan sering dibenci. Bukan diminta untuk disanjungi sedikit tidak minta dijaga hati. Bahasa badan itu kadang-kadang terasa menyakitkan biar tidak diluah dek bicara mulut namun cukup memberitahu diri tidak disenangi ramai. Khilaf sahabat senang dilihat, khilaf sahabat mudah dihukum,  khilaf sahabat sering dipulau, namun khilaf sendiri tak diendahi.

Kesempurnaan yang dicari kekurangan jua sering memenuhi. Kegembiraan yang didamba adakalanya kegusaran yang bersarang. Biar dipujuk diri namun gagal dikawal emosi. Perasaan ini seakan mnyepi dengan kedukaan semalam. Perasaan ini seakan terusik dengan kedinginan semalam. Perasaan ini umpama mati dek tingkah semalam. Jika kesalahan yang sekelumit itu membinasakan setiap inci gembira dihati meraka harap masih ada lagi ruang kemaafan buat penebus dosa hamba.

Perasaan ini bertandang lagi. Walau sering ditolak namun tetap tegar menjemput diri. Maaf, andai tersalah rasa kerna rasa ini bukan rasa aku. Rasa ini bukan pilihan aku. Cuma, rasa yang sering berkunjung mengetuk pintu hati dek kerana tingkah mereka yang terberkas dihati sanubari. Rasa ini akan ku cuba lempar jauh demi menempuh hari baru. Akan ku cuba kuatkan hati, kebalkan diri seperti tiada apa rasa yang melingkari disudut hati. Biarpun berat, tetap ku telan demi harga sebuah ikatan. Tenanglah wahai perasaan. Usah diingati kejahatan manusia bahkan kenangkanlah kebaikan mereka. Insya-Allah, nescaya tiada lagi duka dihati kita.

1 comment:

  1. setiap perasaan adalah pengalaman untuk menempuh hari mendatang. tabah dan redha dgn setiap dugaan insyaallah ketenangan bertandang :)

    ReplyDelete