Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah dalam keadaan sembunyi atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memerhati dan memantau orang yang berpuasa melainkan Allah.
Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili didalam Tafsir Al-Manir: juzuk kedua muka surat 130 ketika mentafsirkan ayat ini menyebut bahawa ibadah puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah melalui beberapa faktor:
- Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah dalam keadaan sembunyi atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memerhati dan memantau orang yang berpuasa melainkan Allah.( seseorang boleh makan lalu berpura-pura berpuasa dihadapan manusia lain tetapi tidak dihadapan Allah. Justera Allah adalah Tuhan yang Maha Mengetahui )
- Mengekang ketelanjuran syahwat dan meringankan pengaruh serta penguasaannya. ( lantaran puasa melemahkan gelora nafsu )
- Mencetus naluri yang peka dan bersifat belas simpati terhadap insan yang lain. ( lapar dan dahaga sewaktu berpuasa mengingatkan kita kepada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik )
- Ibadah puasa memahamkan kita tentang persamaan taraf kedudukan orang-orang kaya dan miskin ( disisi Allah )
- Meletakkan kehidupan insan dan pengurusannya diatas sistematik ( yang benar dan menepati fitrah ) dan mendisiplinkannya.
Persatuan Mahasiswa/wi Pentadbiran Islam dan Syariah [PERISYA]
Universiti Sultan Zainal Abidin, [UnisZA] Kuala Terengganu.
Lajnah Dakwah Tarbiyyah '11
No comments:
Post a Comment