Monday, August 08, 2011

Kelebihan Bersahur


Salam ramadhan kareem buat semua teman-teman blogger. Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan mulimat. Baiklah, bertepatan dengan bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini, aku nak berkongsi sedikit tentang kelebihan bersahur. Rata-rata akan mengatakan bersahur ni sunat. Ya, memang sunat tapi kalau kita fahamkan sabda Rasulullah dalam sepotong hadis ni pasti korang tak nak terlepas bersahur. 

Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”

 
(al-Bukhari dan Muslim)


Umat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja.

Bersahur juga membezakan puasa antara orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani ( ahli kitab ). Hal ini ada disebutkan oleh Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, mafhumnya:
“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Bersahur juga merupakan satu daripada nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah didalam bulan Ramadhan. Anjuran bersahur ini juga turut disebutkan oleh Rasulullah:  
“Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
 Lihatlah, betapa sahur itu amat-amat dituntut dalam Islam hatta hanya meminum seteguk air.
Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).
Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”
Melambatkan bersahur itu bererti berahur ketika menghampiri waktu subuh  yang dinisbahkan oleh Rasulullah seperti membaca 50 ayat Al-Quran. Hikmah melambatkan bersahur adalah kerana ianya menepati waktu bersarapan pagi. Ini kerana, kajian menunjukkan makanan yang paling utama dalam 24 jam ialah sarapan pagi. Sebab itu, jika kita tidak mengambil sarapan pagi akan meninggalkan kesan buruk terhadap kesihatan kita antaranya boleh menyebabkan kegemukan, sakit jantung dan menghidapi kencing manis. 
Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard.
Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan. Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.” (Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17)
Istiqomahkan diri untuk bersahur sebelum berpuasa tak kira samada puasa wajib mahupun sunat. Keberkatan itu tak nampak, jadi berusahalah untuk mendapatkannya. Mudah-mudahan segala amalan kita bernilai ibadah dan diterima oleh Allah S.W.T.
permandangan waktu siang dari jauh.
ni permandangan waktu malam. cantik dengan cahaya lampu.
**Lepas solat sunat tarawih di Masjid UnisZA (klik sini) pasti akan ke Kedai Runcit Wahab (depan u ni je ) untuk membeli sedikit makanan bersahur. Mulalah buat ayat dan muka kesian kat pok guard sebab nak tumpang parking basikal kat pondok pengawal tu. Alasannye, nak beli sahur pok. Bukan tak ade kafe yang buka mase bersahur tu tapi maklumlah subuh-subuh tu rajin pulak nak menapak ke kafe dengan muke mamai. Hehehe.

No comments:

Post a Comment