Tuesday, July 12, 2011

Bicara Sang Mulut


kata-kata itu kadang-kadang lebih tajam dari belati
walau tak mampu membunuh secara hakiki
namun ia bisa menyabit tangkai hati
menyentap seluruh kondisi diri

sang pengata bisa berbicara sebebasnya
walau sang pendengar tercalar menerimanya
berkata ikut perasaan dan sesukanya
asalkan dihati terasa puasnya

yang mengata tak semestinya mampu merasa
yang mendengar belum tentu menerima
yang menerima belum tentu memahaminya
dan yang memahaminya belum tentu gagah menghadapinya

kebijaksanaan seseorang bukan terletak pada kepetahan bicaranya
akan tetapi terlatak kepada kepintarannya menyusun kata
bukan  kepetahan jadi ukuran
malah kebernasan kata menjadi tauladan

bicara sang mulut sering tersalah
bicara sang mulut tiada henti
walau ditahan berkali-kali
namun kelukaan sang hati terus menjadi tradisi

Monday, July 11, 2011

Ini Yang Terbaik Tercipta Buatku

Seringkali dikeluh, dirungut dan dipersoalkan:

Kenapa aku tidak secantik dia?
Bersyukurlah wahai insan. Cantik hanya dimata manusia belum tentu dihadapan Allah. Kecantikan itu ujian Allah. Barangkali jika kau secantik itu malah lebih lagi mungkin akan terpahat riak didadamu. Barangkali engkau cuba untuk menunjuk-nunjuk kecantikkan itu secara berlebih-lebih agar menjadi kegilaan ramai.

Kenapa aku tidak sepandai dia?
Manusia dijadikan berbeza-beza. Setiapnya disertakan kelebihan dan kekurangan tersendiri. Melalui itulah manusia saling melengkapi. Kekurangan itu adalah kelebihan engkau begitu juga sebaliknya. Andai segalanya dicipta dengan kelebihan maka tiada siapa akan memerlukan sesiapa sebagai pembantu. Maka, sepatutnya kita bersyukur dengan segala kelebihan dan kekurangan yang telah dianugerahkan. Bukan semua kekurangan membawa petaka dan bukan juga segala kebaikan serta kelebihan menjanjikan bahagia selamanya. Ingat, Allah bisa merampas segala apa yang dipinjamkan. 

Kenapa aku tidak sekaya dia?
Soal hidup-mati,jodoh-pertemuan,rezeki segalanya telah ditentukan. Tapi, sebagai manusia kita hanya mampu berusaha untuk memperbaiki kehidupan ini. Bukan dengan hanya memandang kekayaan orang lain akan menukarkan kemewahan milik kita. Kekayaan juga Allah jadikan sebagai dugaan. Apakah kita akan menyalurkan kekayaan itu dengan sebaiknya atau sebaliknya bermegah-megah dengan harta kekayaan? Ya, setiap orang mampu menabur janji dan impian tapi adakah itu akan direalisasikan? Tepuk dada tanya iman.

Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan. Biar bukan seorang rupawan,jelitawan, cendekiawan dan hartawan hanya ini yang terbaik buat aku. Aku yakin disetiap penciptaan ini tersirat didalamnya 1001 erti. Terima kasih ya Allah kerana terlalu banyak memberi pinjaman kepada insan hina ini. Hanya ini yang terbaik tercipta buatku.

Syukurilah kamu dengan setiap pemberian Allah kerana bukan semua insan didunia ini memiliki apa yang engkau perolehi

Saturday, July 09, 2011

Corat-coret Hidup Mahasiswi

Salam pertemuan kembali. Jikalau di Kuala Lumpur 9 Julai 2011 sibuk dengan 'BERSIH 2.0' di Kuala Terengganu ni jugak aku dan kumpulan 'Mek Jemah' bertarung dalam acara sukaneka sempena dengan Minggu MACKS anjuran Persatuan Mahasiswa/wi Perniagaan Fakulti 3P.

Seronok. Ya, sangat seronok. Terasa seperti kembali kezaman kanak-kanak suatu masa dahulu. Kami hanya menyertai 2 acara sahaja iaitu isi air dalam botol (hanya menggunakan tapak tangan sahaja) dan bowling kelapa. Main hanya untuk suka-suka sekadar mengisi masa cuti. Macam ni lah adat kehidupan di universiti. Bukan setakat mentelaah je tapi kadang-kadang tu kite kenelah pandai mengatur masa agar taklah duduk terperap je dalam bilik. Oke, berbalik pada nama kumpulan kenapa Mek Jemah ye? haha. Bagi gelak jap. Ni semua fenomena maharaja lawak. (asalnye Mak Jemah tapi nak nampak mude tukarlah Mek). Aku dan kengkawan aku ni memang suke menggelar sorang kawan kami dengan nama tu. Jadi, bile pergi daftar kumpulan kelmarin spontan je nama tu terkeluar kebetulan pulak kawan kami tu pun ade main sama. Ada pulak yang mengubahnye jadi Mek Jah aduii. Yang penting bowling kelapa tu masuk final dan keputusanya juara. Hampernye sangat besar tapi tak sempat nak ambil sebab masing-masing dah 'lari' kelaparan. 

Okelah letih dan otak ni tibe-tibe je blur. Tak dapat nak celoteh panjang jadi silakan melihat sedikit rakaman kami untuk hari ini.

posing dulu :)

sebelum game bermula Mek Jemah Group

'bola bowling' kami

kapten kami the Mek Jemah

berguling-guling sambil melantun-lantun balingan dari aku. jatuh semua pin tuh.

'pin bowling' :) lin merangkap penjaga 'bola'

rehat ;)

break time sebelum ke game seterusnya. tak nak tengok game lain tapi keje bergambar je. kite memang suke kan.

bawak air dalam tapak tangan. bocor je lebih. :)

lin, banyak tak? :)

jannah, jangan pengk0 tangan tu. :)

suzi, masuk betol-betol ;)

alamak tak rotate dulu. tak pelah. tengok tu air menitiklah syira.hehehe

selesai sudah acara. masing-masing berangan nak jadi YB :)