Tuesday, July 30, 2013

Terus Bersama


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan  Imam Ahmad dapat dijadikan sandaran dalam hal ini, iaitu Nabi Muhammad SAW menyatakan: “Zakat tidak dihalalkan bagi orang kaya kecuali lima golongan ini, iaitu: (1) amil; (2) orang yang memberi zakat dengan hartanya sendiri (mualaf); (3) orang yang ikut berperang di jalan Allah SWT; (4) orang yang berhutang dan (5) orang miskin yang menerima zakat daripada seorang kaya (dan) kemudian dia menghadiahkannya kembali kepada orang kaya itu.”

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan kepercayaan untuk mempengerusikan majlis-majlis penyampaian bantuan aidilfitri kepada warga penerima asnaf baitulmal daerah seremban. Ramadhan kali ini aku bukan lagi salah seorang kakitangan baitulmal tapi aku bersyukur dan berterima kasih kerana khidmat aku masih diperlukan walaupun hampir setahun aku meninggalkan pejabat ini. Tiada yang berubah, cuma bilangan staff sahaja yang makin bertambah, tak kurang juga yang dah berhenti disebabkan menyambung pengajian, macam aku.

Senda-gurau mereka sering mengingatkan aku sewaktu aku bekerja disini. Seronok, tapi tak kurang juga letihnya. Apappun, disinilah pengalaman kerja aku yang pertama walaupun hanya seorang staff sementara. Disini juga lah segala berkaitan urusan zakat aku pelajari, melayani kerenah asnaf, orang awam yang mahukan bantuan dan banyak lagi. Tak lupa juga, mereka yang banyak menyokong aku untuk berani menjadi pengerusi majlis dalam majlis-majlis yang aku rasakan agak rasmi. Maklumlah, bergaul dengan menteri besar dan adun kawasan masing-masimg. Gementar tak ingat. haha.

Syukur masih diterima dan terus bersama seakan aku masih lagi rakan sepejabat mereka. Semoga ukhuwah ini tetap terus terjalin sehingga maut yang memisahkan. Ameen

Thursday, January 03, 2013

Biarkan Lagu Berbicara



Monday, December 17, 2012

Berakhir Sudah

<02 disember 2012> secara rasminya bergelar alumni universiti sultan zainal abidin (unisza) 




Alhamdulillah,
penantian 3 tahun kini sudah berakhir dengan segulung diploma.
masing-masing membawa haluan sendiri
ada yang sambung belajar tak kurang juga yang terus bekerja.

dan,
aku kini terus mengorak langkah demi mencapai cita-cita.
aku tercampak disini,
universiti sains islam malaysia (usim)
mujur aku mendapat tawaran dalam bidang yang sememangnya aku idamkan
sarjana muda kaunseling dengan kepujian
walaupun terlalu berat untuk aku meneruskan disini
tanpa ditemani seorang pun sahabat akrab
aku harus dan perlu untuk kuat dan tabah
tak perlu untuk berpaling dan terus tenggelam dalam kenangan.

sebahagian rakan seperjuangan dalam diploma pentadbiran islam

tapi,
aku bersyukur kerana masih ditemani sahabat yang lain
yang pasti mereka juga dari unisza
dengan mereka berdua aku lakukan semua aktiviti bersama
menangis, ketawa kadang-kadang menghabiskan masa bersama
mungkin mereka juga merupakan sumber kekuatan aku disini.

seuntai kata dari sahabat,
In the past, we had only said 'hye hye and bye bye'..cross the road with the shining smile each other..sometime only just cross the road without saying anything...but today,no more 'hye hye and bye bye' in our days..we stick each other..la
ughing...crying...sleeping and everything..may Allah bless this friendship...What has been gone through together remains in the memory still, and heart and pray, in sya Allah...:) May this friendship stay and last forever..Ameen..love you,dear.
 
mereka adalah penguat saya disini
 * sekian.. mungkin akan bersambung dengan gambar studio pulak :)