Sunday, September 11, 2011

Aku, Kau dan Dia


Akuiku memang diingati kau. Akuiku memang sering didahulukan dalam segenap ruang. Akuiku memang aku lain dari si dia. Tetapi, mengapakah harus ada dia diantara kita? Apakah rasional kewujudan dia disamping aku? Mungkin kau ada jawapannya. Biarpun dulu sudah kau jelaskan namun ku percaya pasti ada sesuatu yang kau sembunyikan. Memang aku tak tahu dan tak berminat untuk tahu. Tapi, naluriku merasakan sesuatu. Saat namanya kusemak dalam telefonmu ku yakin ada sesuatu disebalik nama itu. Lagu itu juga menyimpan 1001 makna buatmu. Tanda diawal namanya juga menimbulkan tanya. Cuma sengaja kudiamkan sebab tak mahu perjumpaan kita dinodai perasaan dendam. Maaf kerana menyelongkar hak peribadimu.

Sedaya ku lontarkan perasaan ini jauh dari sudut hati. Seakan membuahkan hasil tapi sekali lagi hari ini aku tewas. Tewas dek rasa yang mencemburui. Berikan ku ruang agar bisa ku bernafas. Berikan ku waktu agar gelodak dijiwa mampu ku lawan. Suatu saat nanti pasti jiwa ku pulih.

Mengapa ada dia
jika rindu padamu saja
jika bahagia mengusik jiwa
masihkah ada bahagia?

Mengapa aku diluka
derita kerana sebuah dusta
yang sekian lama kita bina
akhirnya aku yang kecewa
Seingat mana kau terhadap aku, begitu juga utuhnya ingatan kau terhadap dia. Aku, kau dan dia.

-aku, bukan nama sebenar

Wednesday, September 07, 2011

Sedetik Lebih


Biar seketika, asal masih bersua. Bertahun berpisah, sabar menahan rindu, tabah berjauhan akhirnya tetap kembali bertemu. Kau masih seperti dulu. Tiada yang berubah. Senyum, tawa, suara, telatah dan juga manjamu tetap begitu. Benar, aku merindukan segala kenangan itu. Disaat ku kekusutan kau setia menemani, menasihati tak kurang juga menghiburkan hati. Kasih ini tetap kusemai dan kutanam disudut hati agar ia sentiasa berbuah rindu dan subur hingga keakhir hidupku. Tiada yang lain untuk ku jadikan adik buat menemani liku-liku hidup yang penuh dugaan dan cabaran ini. Khas buat adikku Afiqah Nadzirah bt Hanif.





aku percaya pada kekuatan ukhuwah fillah. biar sejuah manapun terpisah ia akan kembali bersua. asal saja ikatan itu kerana allah pasti ianya tetap terjalin sehingga kepenghujungnya.

Lagu kesukaanmu. Manjadi halwa telinga saat kita bersama ketika itu. Aku tak tahu apa istimewanya lagu ini padamu. Mungkin suatu cerita antara kau dan dia. Hanya kau yang tahu. Apapun aku juga turut meminati lagu ni.

Ini juga lagu kesukaanku. Liriknya serta melodinya senang untuk didengari. Aishiteru maknanya menunggu tapi aku tak pasti adakah maksudnya benar atau tidak. Just listen.

Salam dikejauhan buatmu yang tersayang. Sehingga berjumpa lagi. Saat kasih bertaut tiada lain yang kuharapkan selain berkekalan seiring dengan keredhaan Allah. Semoga kasih yang terjalin hanya kerana-NYA. Ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah.

Sunday, August 21, 2011

Perasaan oh Perasaan


Sukar dimengerti, sukar memahami. Hakikat insan penuh dengan ragam. Ada yang disenangi tak kurang juga dicemuhi. Puas memahami tetapi seakan sering dibenci. Bukan diminta untuk disanjungi sedikit tidak minta dijaga hati. Bahasa badan itu kadang-kadang terasa menyakitkan biar tidak diluah dek bicara mulut namun cukup memberitahu diri tidak disenangi ramai. Khilaf sahabat senang dilihat, khilaf sahabat mudah dihukum,  khilaf sahabat sering dipulau, namun khilaf sendiri tak diendahi.

Kesempurnaan yang dicari kekurangan jua sering memenuhi. Kegembiraan yang didamba adakalanya kegusaran yang bersarang. Biar dipujuk diri namun gagal dikawal emosi. Perasaan ini seakan mnyepi dengan kedukaan semalam. Perasaan ini seakan terusik dengan kedinginan semalam. Perasaan ini umpama mati dek tingkah semalam. Jika kesalahan yang sekelumit itu membinasakan setiap inci gembira dihati meraka harap masih ada lagi ruang kemaafan buat penebus dosa hamba.

Perasaan ini bertandang lagi. Walau sering ditolak namun tetap tegar menjemput diri. Maaf, andai tersalah rasa kerna rasa ini bukan rasa aku. Rasa ini bukan pilihan aku. Cuma, rasa yang sering berkunjung mengetuk pintu hati dek kerana tingkah mereka yang terberkas dihati sanubari. Rasa ini akan ku cuba lempar jauh demi menempuh hari baru. Akan ku cuba kuatkan hati, kebalkan diri seperti tiada apa rasa yang melingkari disudut hati. Biarpun berat, tetap ku telan demi harga sebuah ikatan. Tenanglah wahai perasaan. Usah diingati kejahatan manusia bahkan kenangkanlah kebaikan mereka. Insya-Allah, nescaya tiada lagi duka dihati kita.