Saturday, April 30, 2011

Administrative and Diplomatic Officers to Be

Salam ukhuwah buat teman-teman yang sudi menjenguk ke blog ni.


Oke memandangkan lusa aku akan menjawab kertas soalan Pengenalan Pentadbiran Awam ( PPA ), jadi hari ni aku dah rase macam seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik ( PTD ) lah pulok ataupun dalam Inggeris macam yang kat atas tu la. Mana taknye kan, dah nak naik juling biji mate ni dok ngadap nota demi nota, slide demi slide yang pensyarah bekalkan. Istimewa sikit subjek ni sebab semua nota hanya dihujung jari maknenye dalam laptop je. Hadoy lepas exam ni konfem aku kene tukar cermin mate.Tajuk yang masuk exam tak de lah banyak mane tapi notanye mak oii boleh buat kamus setebal kamus dewan tu lah. Sangat banyak sampai aku pun naik pening nak bace. Cikgu kasi markah lebih la ea. Hehehe. Okelah nak jugak berkongsi sikit tentang PPA ni dengan korang.

PPA ni merangkumi semua pengetahuan tentang struktur pentadbiran kerajaan samada peringkat persekutuan, mahupun negeri, termasuklah jugak pasal Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ), dikaitkan jugak dengan Perkhidmatan Awam, kerjaya sebagai PTD dan banyak lagilah. Melalui subjek ni jugak aku dapat tahu macam-macam tentang penjawat awam contohnye ape etika-etika yang patut ade bagi seseorang penjawat awam, apekah bentuk-bentuk tindakan tatatertib yang dikenakan macam-macam lagilah kan. Yang menariknya, dalam perkhidmatan awam jugak ade diterapkan nilai-nilai islam jadi ternyatalah islam tu tak diketepikan tapi persoalannye adekah ia benar-benar terlaksane ataupun sekadar retorik aku pun tak pasti. PPA jugak ade unsur-unsur sejarah sebab ia menceritakan tentang sejarah pentadbiran sebelum dan selepas merdeka. Fuhh! berasap jugak lah kepala ni wei. Politik pun ade jugak dikaitkan sikit-sikit. Disebabkan aku agak minat dengan politik jadi tak de masalahlah untuk aku nak faham lagipun semester lepas aku ade amik kursus elektif Sistem Politik Malaysia. Seronok wei dapat tahu pasal politik kita. Baru la kite boleh nilai macam mane 'permainan' orang-orang politik ni. Oke cukup la setakat ni untuk korang tahu serba-sedikit tentang PPA. Nak tahu banyak mai la duduk ngan aku. Haha.

Bukak topik baru. PTD dulu aku selalu dengar je mak ayah aku dok sebut-sebut. Kekadang D.O. ape bende alah tu ea? Kecik lagi bukan tahu ape-ape pun kalau mak ayah aku cite. Bile dah masuk unisza ni barulah aku tahu ape itu PTD. Itupun sebab aku amik kos Pentadbiran. Mule lah orang dok kate keje nanti boleh jadi PTD tak pun Pegawai Daerah ( D.O ). Waahhhhh. Bunyi macam senang. Rupe-rupenye amat-amat sulit nak dapat jawatan tu.Sesuai lah dengan jawatan yang dipohon tu kan memang la rumit nak dapat. Silap-silap aku boleh jadi diplomat kat overseas ke kan mane tahu. Hehehe. Angan-angan Cik Pah. Oke kalau korang nak tahu lebih lanjut kriteria-kriteria dan prosedur-prosedur nak jadi PTD klik la kat sini.

Oke lah da 'refresh' otak dan sendi-sendi aku ni nak sambung study balik la ye. Moge-moge angan-angan Cik Pah tu menjadi kenyataan. Amiin. Hehehe. Tak dapat pergi luar Pegawai Daerah pun oke ape. Sekian celoteh aku sehingga bertemu kembali.

No comments:

Post a Comment