Friday, April 01, 2011

:: MUET mock test ::


Dah jadi adatlah bagi siswa/wi UNiSZA yang akan menduduki peperiksaan muet untuk ambil kelas persediaan yang dianjurkan oleh pensyarah-pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi dengan kerjasama Pusat Penataran Ilmu.Memang terbaeklah mereka ni setiap tahun mesti akan adakan kelas untuk siswa/wi.Tapi kelas persediaan ni taklah diwajibkan untuk masuk tapi disebabkan aku sedar akan ketidakmampuan diri akhirnya aku masuk la jugak demi keputusan yang lebih baik (poyo je ayat ni).Kelas ni pun oke je tak lah makan masa yang terlalu panjang dan lama.
Memandangkan tarikh peperiksaan yang semakin dekat ni pihak-pihak tersebut pun adakan satu ujian yang diberi nama Muet Mock Test.Bunyi macam senang je.TEST.Aku pun dengan senang hatinya pergilah menduduki peperiksaan tersebut.Mula-mula masuk dewan tu biase je.Tak de pulak rase gementar ke ape ke.Cool je la kn alah test bukan nak pergi berperang. (angkuhnya).Bermulalah peperiksaan dengan kertas pertama iaitu 'listening'.Muka penuh keyakinan je nak dengar al-maklumlah dah masuk kelas persediaan kan macam tak biase dengan latihan-latihan pendengaran ni.Sekali die cakap laju daa sampai aku pun tak tahu mana satu nak jawab.Alih-alih die cakap 'Now you have 1 minute to answer the question 1 until 8'.Tak terngange aku mase tu terkial-kial nak tulis jawapan.Haaa padan lah muke lain kali 'jot down the words' bak kate Sir Taufik.Begitulah keadaan aku hingga habis kertas yang pertama.Hanya mengharapkan kepada pengulanagn kali kedua.Tapi bile aku da 'blur' aku pakat letak jela ape-ape perkataan yang sesuai asalkan tak kosong.HAHAHA.Pegangan aku bile tak dapat jawab mase exam.

Habis je kertas pertame, menyusul pulak kertas dua.Ape lagi 'writing' la pulak.Mule-mule yakin la jugak nak jawab sekali tengok soalan rase macam nak keluar je dari dewan tu.Soalan yang tak pernah dibincangkan mase kelas maghin.Aduh ! nak tulis ape ni?Kalau bahase melayu sedap jugak nak jawab.Fikir punye fikir aku pun jawab je la ape yang terlintas kat otak ni.Hentam saja lah Labu. HAHAHA.Tu la dah tahu ade test tak reti-reti nak semak-semak nota ke buku ke.Mentaliti yang harus kucampakkan jauh-jauh walau apepun jenis test tak dapat tidak kene jugak belek-belek nota.Mase tu dah tak gune nak menyesal.Terfikir plak macam mane 16 April 2011 nanti boleh ke nak jawab elok-elok?Mujur ni baru test peringkat universiti.Sekurang-kurangnye taklah mencacatkan keputusan muet sebenar.

Akhir sekali kertas ketiga 'reading'.Kat sini jela aku mengharapkan lebihan markah untuk menampung dan menutup aib dua kertas yang awal tadi tu,HEHEHE.Yang ni yakin sikit nak bulat-bulatkan jawapan.Alah bulat je kan.Patutnya pekse tamat jam 6 petang tapi bile aku tengok ramai je yang dah keluar aku pun ape lagi cabut je la walaupun baru jam 5.15 petang.Serabot je aku duduk lame-lame kat situ dah la sejuk.Perut pun menyanyi-nyanyi tak sempat nak 'lunch'.

Aku ingat semua dah habis rupe-rupenya ' you have speaking test on Saturday 9 am-12 noon at my room. First come first serve',wuarghhh ade lagi ke?Mmm, tak pelah sekurang-kurangnye dapat 'tacap' sikit markah.Pergi jela kan.

Ini kali kedua masuk perikse tanpa persediaan yang rapi.Tapi entahlah aku ni tak kenal erti serik.Sebab sang 'malas' tu dah bertapak kat diri ni.HAHAHA.Kalau dengar dek ibu dan abah aku ni mau dikejarnye satu kampus.Mintak maaf ye abah ibu anak anda semakin tak mampu untuk dikawal.Walaupun dah cube pelbagai pendekatan tapi die tetap nak ber'honeymoon'.Kepada rakan-rakan seperjuangan selamat ber'perikselah' kite ye.



::wahai cik najihah sedarlah final semakin hampir::

No comments:

Post a Comment