Tuesday, April 05, 2011

:: Mencari ::

Dalam mencari aku diuji
Dalam mencari aku dicaci
Dalam mencari aku menemui
Dan dalam mencari aku disakiti

Adakala yang dicari bukan kehendak hati
Adakala yang dicari bukan untuk dimiliki
Adakala yang dicari bukan hakiki
Dan adakala yang dicari sekadar melengkapi

Aku mencari cinta
Aku mencari dia
Aku mencari jalan bersama
Namun aku disentap luka

Biar jenuh aku mencari
Biar perit aku menanti
Biar sakit berlabuh dihati
Namun aku masih mencari

Kerana mencari aku dicari
Kerana mencari aku memiliki
Kerana rahmat-MU aku masih disini
Dan kerana mencari KAU cinta abadi

Peduli pada cinta manusia
Menagih cinta pencipta
Bukan menafi hukum dunia
Tapi biarlah takdir penentu segala

Andai pencarian aku terhenti
Bermakna tiada lagi nyawa mengiringi
Andai tidak ku temui
Redhakanlah kehidupan juga kematian ku ini

Aku percaya mencari itu mudah
Akan tetapi memiliki itu payah
Aku percaya cinta itu indah
Akan tetapi bersedialah untuk diluka berdarah

Andai tak mampu menghadapi
Usah bermain dengan api
Andai takut dilukai
Cukup dalam diam mencintai

Akan terus ku mencari
Biar sampai akhir nanti
Kerna aku yakin pada janji
Yang mencari akan memiliki
Walau bukan pilihan hati
Tapi itulah terbaik dari ILLAHI



No comments:

Post a Comment