Tuesday, July 26, 2011

Sesak Lagi Menyesakkan


dihimpit rasa yang amat menyesakkan dada, marah, sakit hati, terasa hati dan pelbagai emosi menerjah ruang hati. sekian lama ianya ditepis sedaya juga telah dikikis namun seakan ia kian menapak didalam. mengguris, menghiris akhirnya aku sendiri yang terguris dan terhiris. berlagak kebal tapi diakhir garisan aku tersungkur. tewas dengan deraian manik jernih.


bukan sedih diperlakukan sebegini tapi kemarahan yang menguasai bisa merembeskan linangan ini. ada benarnya kata seorang sahabat "tangisan bukan menunjukkan kelemahan, sekadar meluah perasaan yang tak tertahankan." tidak tertanggung rasanya beban perasaan ini. ingin diluah tiada siapa akan memahami, ingin ditelan terasa pahit akhirnya juraian ini menjadi peneman.


mungkin aku terlanjur dalam bicara, terlebih dalam andaian dan terlalu mendesak. itu aku akui memang khilaf sendiri. sekian lama tidak bertemankan airmata tapi, malam ini deraian itu mulai jatuh satu persatu hingga akhirnya deras seperti air. menangis bukanlah rakan akrab ku. tidak semua benda mampu ditangisi. biar kadang-kadang terusik tangkai hati namun ia tetap betah tidak mengalir. barangkali bagi sesetengah yang mengenali aku beranggapan aku seorang yang kasar, lantang berkata-kata dan punyai kekuatan jiwa yang kuat untuk menghadapi segalanya.


kadang-kadang ingin sahaja ku biarkan hati berkata tanpa perlu mulut berbicara. biar segalanya bisa diluahkan tanpa sekelumit selindung. biar nanti tidak terus dihimpit rasa bersalah atas apa yang tersimpan. tapi itu semua berselisih dengan fitrah manusia. yang berkata tanpa suara hanya hati tapi yang meluahkan dengan suara itu adalah mulut. realiti itu harus diikut kalau tidak seperti seorang bisu yang tidak berkudrat mengeluarkan butir-butir ayat dari kotak suara. maaf jikalau suara hati tidak sama dengan ucapan mulut.


aku tak punyai hati nurani yang begitu menebal dalam diri. mudah marah tapi mudah juga bersimpati namun dek kerasnya hati itu semua ku tolak ketepi asal hati puas menikmati. mula rasa bersalah dikemudian hari dengan tindak tanduk diri yang batasnya melebihi. ada baiknya andai aku terus mengikuti jalan sendiri. biarpun sunyi akan ku gagahi biar payah akan ku jejaki. asalkan tiada lagi hati yang kusakiti. 


terlalu banyak kegembiraan telah ku kecapi dan kadang-kadang tangisan itu perlu untuk menyedarkan diri bahawa hidup ini bukan hanya untuk bergembira. semoga tenang menghadapi hari mendatang.



Sunday, July 24, 2011

Rasa Yang Terbuku


hati ini bukan meminta untuk disayangi
juga tidak diminta untuk dibelai
malah tidak tegar untuk terus dilukai dan disakiti
tapi ia meminta agar difahami

serik terluka serik juga dihina
bimbang ianya bisa kembali terkena
cukuplah dengan sejarah lama
aku tak rela terus-terusan menjadi mangsa

usah bermain dengan kata
usah menabur bicara nista
andai hati tak ikhlas mengungkapkannya
kelak binasa akan menimpa

kesabaran dihati tetap diuji 
walau semakin disimbah api
aku tetap tabah mengemudi
setiap kali kau ku cuba memahami
seakan benci kian menguasai

kepada kau,
cukup menguji diri
tak mahu terus dibuai ilusi
ingin ku buang kau jauh dari sisi
tapi setiap kali itu kau kembali
meragut setiap kedamaian hati
melelahkan setiap nafas dihari
apa mahu kau aku tak pasti
mungkin sekadar pelepas sepi
sementara si dia tiada menemani

kepada kau,
seburuk apapun layanan aku
kau tetap setia menggangu
apakah itu yang kau mahu?
maaf, aku terlalu buntu
kurang jelas dengan permainanmu
pintaku hanya satu
hentikan segala sebelum terus merapu

Friday, July 22, 2011

Berkayuh. Berbasikal

yang ni bukan aku punye.gambar hiasan je.tak mampu nak beli
 Basikal (biasa orang menyebutnya) > Gerek (utara tanah air) > Ssika (klate). Hobi sejak kecil. Belajar mengayuh menggunakan basikal tiga roda kemudian empat roda dan meningkat umur 7 tahun mengayuh basikal normal iaitu dua roda. Itulah kali pertama mengayuh basikal dewasa walaupun zahirnya aku ni nampak kontot je. Memang basikal tu lebih besar dari aku. Kata abah " tak padan nak basikal besar, seat tinggi tak nak kalah". Hahaha. Biarlah nak cakap apapun yang penting aku suka. Setiap petang, pulang dari sekolah terus sambar basikal bersama kakak keliling taman termasuklah hari cuti. Pertama kali belajar tunggang basikal tu banyak kali terjatuh. Abahlah yang tak jemu-jemu ajar. Terime kasih abah sekarang dah tak jatuh lagi sebab dah pandai imbang. Aku pun tak pasti ape sebabnya aku terlalu gila berbasikal sampailah sekarang. Seronok mungkin biarpun berkali-kali tersungkur menyembah bumi. Bekasnya masih ade. Tapi, tak pe pengalaman mengajar erti hidup.
zaman kanak-kanak punye ni
meriah betol warne ni yang dewase punye tak de macam ni ea?
Bila pertama kali sampai ke UnisZA ni aku agak terkejut jugak sebab banyak sangat basikal. Pelik. Dah masuk u pun masih nak basikal ke? Melihatkan keadaan u yang boleh dikatekan besar ni aku mulai faham. Basikal, kenderaan utama disini bagi mahasiswi lah khususnya. Ibu mula bertanya mahukan basikal jugak ke? Senang nak bergerak. Lagi tepat nak bersenam. Hehehe. Mase tu jual mahal. Bukan ape banyak nak pakai duit untuk urusan yang lebih penting. Tangguhkan dulu. Masuk semester 2 ibu bertanya lagi. Dan untuk yang kedua kalinya aku menolak. Alasan kali ni malaslah. Tapi selalu je pinjam orang punya basikal sebab kemaruk nak berkayuh dan nak pergi pantai, pasar malam dan 7-e depan u. Hahaha. Padahal nak jimat duit.

Dan kini berada di semester 5, tahun akhir. Aku dah ade basikal sendirilah. Macam tak percaye tapi itulah hakikat. Ramai bertanya termasuk 'adik sebilik'.."dah nak abes baru nak beli" aku jawab.."nak kuruskan badan". Hahaha. Mampu ke hanya dengan berbasikal? Tunggu dan lihat. Fenomena 'Basikal Fixed Gear' sedang melanda Terengganu amnya dan UnisZA khasnya (yang ni majoritinya kaum adamlah) membuatkan aku meluap-luap nak beli basikal. Tapi, tak mampulah nak beli yang tu tengok je. Beli yang biase-biase sudahlah asalkan boleh kayuh. Petang ke pagi ke memang bersepah budak-budak u aku ni berbasikal. Meriah je tangok dengan pelbagai warne. Kalau dulu budak perempuan je sekarang lelaki pun same. Dulu ejek-ejek perempuan yang naik basikal sekarang semua same je. Yang beze hanyalah basikal. Terime kasih kepada nuramalina daod sebab tunaikan hasrat. Dialah yang bawak aku pergi kedai basikal. Dapat merase basikal sendiri. Hehehe.
yang ini baru aku punye. tapi yang sebelah sane la cume tambah bakul je.senang nak sumbat barang.

Orang kate berbasikal boleh sihatkan badan. Aku pun buat research sikit aku pun jumpelah petikan ni. Sila baca kalau nak tahu.


Ketika Dato' Hasan Nawawi (Wira Daratan) menyampaikan ceramah mengenai pengalaman beliau berbasikal mengelilingi dunia (4 Januari 2001- 27 Januari 2002) di Dataran Usahawan, Bandar Baru Bangi pada 26 Disember 2009, beliau mengutarakan, kelebihan berbasikal, antaranya dari segi fizikal ialah menyihatkan badan. Kata Dato'Hasan "Berkayuh basikal menguatkan otot-otot terutama, kaki, betis, paha, lengan dan menggempalkan badan." Sememangnya melihat kepada fizikal Dato' Hasan kini, walaupun sudah dalam lingkungan umur 50an, tetapi tegak sasa, bagai orang muda penuh bertenaga berumur 40an. Menurut beliau lagi, "Berbasikal ialah cara exercise murah yang tidak perlu kepada perbelanjaan yang mahal dan tidak perlu kepada tempat khusus, bila-bila boleh dilakukan, asal ada ruang dan jalan" katanya."Dengan berbasikal dapat menjaga badan, mengelak dari darah tinggi dan kolesterol," tambahnya.
                   "Dengan mengamalkan berbasikal, kita tidak perlu menyediakan peruntukan kewangan untuk membeli ubat bagi mengelak dari kegemukan dan berbagai penyakit. Tubuh kita normal sihat dan slim secara asli," terangnya.
                    Menurut Dato' Hasan, ayahnya juga suka berbasikal dan bekerja menggunakan tenaga seperti berkebun. Menurutnya, "Hayatnya lanjut hingga berumur 91 tahun." Kata Dato' Hasan secara bergurau, "Saya juga mungkin, insya Allah berumur lanjut," katanya.
                    Semasa menyampaikan ceramahnya, banyak ungkapan lucu diutarakan secara bergurau, tetapi benar. Kata Dato' Hasan,
"Orang berbasikal lambat nyanyuk!" Kenyataan beliau ini ada kebenarannya, oleh kerana jika selalu berbasikal, tubuh sihat dan tidak berpenyakit, maka fikiran waras dan wajarlah lambat nyanyuk!
                   Ungkapan beliau yang lain, "Orang gila tidak boleh berbasikal, walaupun sebelum gilanya sudah berbasikal," kata Dato' Hasan, Mengapa? Ini ialah kerana semasa menunggang basikal perlu kepada konsentrasi, balancing dan pengimbangan yang tinggi. Orang gila tak ada kemampuan balancing dan pengimbangan. Sebab itu ada ungkapan, "Orang gila otak tak centre", sebab itu tak boleh berbasikal.
                   Konklusinya, Jika anda mampu berbasikal anda tidak berpenyakit gila. Anda juga seorang yang rasional. Sebab itu selalulah berbasikal! Dengan berbasikal meningkatkan kesihatan dan keseimbangan mental!

Banyak pendapat sebenarnya tentang aktiviti berbasikal ni. Jadi, terpulanglah kepada masing-masing untuk mengambil setiap pendapat ni sebagai pengetahuan ataupun tidak. Sekian dulu nak berbasikal malam ni cik anis sudah menunggu she was addicted to cycling. Hahaha.

***Tunggu cik syira dan cik lin beli basikal dan cik jannah repair basikal beliau. Nak konvoi pulak. Hahaa.

khas untuk mike berempat anis, syira, lin dan jannah. tak payah runsing2 pikio pam tayar.

Wednesday, July 13, 2011

Takdir Sedang Berbisik


Impian adalah milik setiap insan. Impian yang indah adalah angan-angan yang tinggi. Setiap orang berhak memasang angan dan cita masing-masing tiada siapa boleh menghalangnya. Begitu juga aku. Punyai impian untuk belajar ke timur tengah suatu ketika dahulu.

Keputusan SPM aku tidaklah cemerlang tapi memuaskan. Walaupun tidak banyak mengumpul A tapi, aku berjaya dipanggil temuduga untuk mendapatkan biasiswa melanjutkan pelajaran ke Jordan atau Morocco. Hanya 7 orang dari sekolah aku layak untuk ditemuduga nisbahnya 6:1 maksudnya 6 lelaki 1 perempuan. Impian ini telah terpasang sejak aku ditingkatan 1 lagi. Aku akui, aku bukanlah dari kalangan pelajar cemerlang disekolah. Tapi, aku rasa tidak mustahil suatu hari nanti impian ini akan terlaksana. Usai temuduga hanya doa kupanjatkan agar diberikan yang terbaik untuk diri ini. Aku tidaklah terlalu mengharap kerana semua calon-calon yang hadir temuduga tempoh hari hebat-hebat belaka. Terasa kerdil diri ini dihadapan mereka barangkali kelayakan aku yang paling rendah.

kredit untuk sahabatku  yang telah berjaya menggapai cita-citanya untuk ke Jordan selepas permohonan kali yang kedua ketika sedang menuntut bersama-sama aku disini sewaktu semester 3 yang lalu. Aku tak janji akan kesana sahabat tapi doaku mengiringi perjalanan mu.
Beberapa minggu selepas itu, aku dikhabarkan calon yang layak untuk ke Jordan dari sekolah ku cuma 2 orang. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Hampir menitis airmata ini tatkala mendengar perkhabaran dari seorang ustaz. Benarkah ini? Hatiku mula berbolak-balik antara gembira dan sedih. Antara ingin menerima atau menolak. Aku juga kurang pasti. Namun, kegembiraan itu hanya singgah buat seketika. Perkhabaran itu semata-mata khabar angin yang bertiup. Tiada surat mahupun telefon dari pihak tersebut untuk memaklumkan tentang kursus dan sebagainya sebelum berangkat kesana.

Aku sedih dan kesedihan itu ditambah lagi dengan panggilan telefon dari seorang teman yang berjaya menempah tiket untuk ke Jordan. Dia mengatakan bahawa 'kita' sama-sama akan kesana dan mengikuti kursus yang akan dijalankan tidak lama lagi. Aku bingung. Permainan apakah ini? Ku gagahkan juga untuk menceritakan hal sebenar kepadanya walau dihati ini sebak untuk berkata-kata. Namun, disangkal oleh dia. Katanya ayah dia sendiri yang memberitahunya. Tidak mengapalah mungkin bukan rezekiku. Semoga engkau berjaya disana.

insan ini yang menjadi keutamaan ku. insan ini juga ku cintai sepenuh hati.
Kepada abah dan ibu ku luahkan segala kesedihan. Abahlah orang paling kecewa. Sungguh! Kekecewaan itu jelas terpancar dari raut wajahnya. Masakan tidak, dialah yang bersungguh-sungguh mengambil borang permohonan dan kesana-sini menguruskan hal aku. Sehingga kini aku masih teringat akan kata-katanya "abah ingin nak tengok semua anak-anak abah berlajar diluar negara biarlah abah susah asalkan anak-anak abah berjaya" ya Allah menitis airmata mendengarkan impian abah. Abah, maafkan adik sebab tak mampu nak turutkan impian itu. Bukan adik tak cuba tapi mungkin takdir adik disini saja. Tapi, abah tetap ada anak yang menuntut diluar juga kan. 

Ibu, insan yang tak lekang memberikan kata-kata semangat. Allah itu maha mengetahui bisikan hati seorang ibu. Ya, memang ibu gembira bila aku terpilih untuk ditemuduga tapi, aku tahu ibu juga keberatan ingin melepaskan aku pergi jauh. Katanya biarlah adik disini je temankan ibu. Aku tersepit antara impian dan insan tercinta. Ternyata naluri ibu itu sangat kuat. Akhirnya, berkat doa ibu aku ditawarkan untuk kesebuah institusi pengajian tinggi dimalaysia. Memang institusi itulah yang ibu harapkan aku pergi. Sehingga kini aku masih lagi menghabiskan sisa-sisa masa yang masih berbaki untuk ku tamatkan sesi pengajian yang pertama.

Harapan dan impian abah belum terhenti. Dia masih lagi mahu aku ke Jordan untuk menyambung pengajian keperingkat seterusnya. Aku juga begitu. Namun, dari sehari ke sehari impian itu seakan semakin terkubur. Aku tidak yakin bahawa aku mampu untuk kesana dan aku tidak sanggup berhadapan dengan kekecewaan kali yang kedua. Sangat pedih bila impian yang seakan nyata runtuh dan musnah begitu sahaja. Jangan berikan aku harapan andai itu cuma gurauan.

Setiap kali melihat gambar, menerima khabar dan berkongsi cerita dengan rakan-rakan disana, aku terasa terkilan. Bukan menyalahkan takdir tapi itu hanya perasaan yang sering bertandang. Tahun ini sekali lagi aku melihat gambar-gambar dan membaca cerita adik-adik junior ku yang sedang berkursus sebelum berangkat ke timur tengah. Sentap hati ini dan hanya doa yang mampu mengiringi perjuangan ilmu kalian disana. Tahniah buat adik-adik yang berjaya untuk kesana. Gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya.


Benar kata ibu, hikmah itu tidak nampak tapi hanya boleh dirasai. Allah memudahkan segala urusan pengajian aku disini. Allah lebih mengetahui kemampuan aku dan apa yang terbaik buatku. Takdir sedang berbisik disetiap langkah dan hayunan kaki ini. Moga takdir itu membawa kebahagiaan buat diriku. Tiada seorang pun mampu mengubah takdir andai ianya bukan untuk kita hatta sudah ditangan juga belum tentu dapat digenggam.

~Takdir Sedang Berbisik~

Tuesday, July 12, 2011

Bicara Sang Mulut


kata-kata itu kadang-kadang lebih tajam dari belati
walau tak mampu membunuh secara hakiki
namun ia bisa menyabit tangkai hati
menyentap seluruh kondisi diri

sang pengata bisa berbicara sebebasnya
walau sang pendengar tercalar menerimanya
berkata ikut perasaan dan sesukanya
asalkan dihati terasa puasnya

yang mengata tak semestinya mampu merasa
yang mendengar belum tentu menerima
yang menerima belum tentu memahaminya
dan yang memahaminya belum tentu gagah menghadapinya

kebijaksanaan seseorang bukan terletak pada kepetahan bicaranya
akan tetapi terlatak kepada kepintarannya menyusun kata
bukan  kepetahan jadi ukuran
malah kebernasan kata menjadi tauladan

bicara sang mulut sering tersalah
bicara sang mulut tiada henti
walau ditahan berkali-kali
namun kelukaan sang hati terus menjadi tradisi

Monday, July 11, 2011

Ini Yang Terbaik Tercipta Buatku

Seringkali dikeluh, dirungut dan dipersoalkan:

Kenapa aku tidak secantik dia?
Bersyukurlah wahai insan. Cantik hanya dimata manusia belum tentu dihadapan Allah. Kecantikan itu ujian Allah. Barangkali jika kau secantik itu malah lebih lagi mungkin akan terpahat riak didadamu. Barangkali engkau cuba untuk menunjuk-nunjuk kecantikkan itu secara berlebih-lebih agar menjadi kegilaan ramai.

Kenapa aku tidak sepandai dia?
Manusia dijadikan berbeza-beza. Setiapnya disertakan kelebihan dan kekurangan tersendiri. Melalui itulah manusia saling melengkapi. Kekurangan itu adalah kelebihan engkau begitu juga sebaliknya. Andai segalanya dicipta dengan kelebihan maka tiada siapa akan memerlukan sesiapa sebagai pembantu. Maka, sepatutnya kita bersyukur dengan segala kelebihan dan kekurangan yang telah dianugerahkan. Bukan semua kekurangan membawa petaka dan bukan juga segala kebaikan serta kelebihan menjanjikan bahagia selamanya. Ingat, Allah bisa merampas segala apa yang dipinjamkan. 

Kenapa aku tidak sekaya dia?
Soal hidup-mati,jodoh-pertemuan,rezeki segalanya telah ditentukan. Tapi, sebagai manusia kita hanya mampu berusaha untuk memperbaiki kehidupan ini. Bukan dengan hanya memandang kekayaan orang lain akan menukarkan kemewahan milik kita. Kekayaan juga Allah jadikan sebagai dugaan. Apakah kita akan menyalurkan kekayaan itu dengan sebaiknya atau sebaliknya bermegah-megah dengan harta kekayaan? Ya, setiap orang mampu menabur janji dan impian tapi adakah itu akan direalisasikan? Tepuk dada tanya iman.

Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan. Biar bukan seorang rupawan,jelitawan, cendekiawan dan hartawan hanya ini yang terbaik buat aku. Aku yakin disetiap penciptaan ini tersirat didalamnya 1001 erti. Terima kasih ya Allah kerana terlalu banyak memberi pinjaman kepada insan hina ini. Hanya ini yang terbaik tercipta buatku.

Syukurilah kamu dengan setiap pemberian Allah kerana bukan semua insan didunia ini memiliki apa yang engkau perolehi

Saturday, July 09, 2011

Corat-coret Hidup Mahasiswi

Salam pertemuan kembali. Jikalau di Kuala Lumpur 9 Julai 2011 sibuk dengan 'BERSIH 2.0' di Kuala Terengganu ni jugak aku dan kumpulan 'Mek Jemah' bertarung dalam acara sukaneka sempena dengan Minggu MACKS anjuran Persatuan Mahasiswa/wi Perniagaan Fakulti 3P.

Seronok. Ya, sangat seronok. Terasa seperti kembali kezaman kanak-kanak suatu masa dahulu. Kami hanya menyertai 2 acara sahaja iaitu isi air dalam botol (hanya menggunakan tapak tangan sahaja) dan bowling kelapa. Main hanya untuk suka-suka sekadar mengisi masa cuti. Macam ni lah adat kehidupan di universiti. Bukan setakat mentelaah je tapi kadang-kadang tu kite kenelah pandai mengatur masa agar taklah duduk terperap je dalam bilik. Oke, berbalik pada nama kumpulan kenapa Mek Jemah ye? haha. Bagi gelak jap. Ni semua fenomena maharaja lawak. (asalnye Mak Jemah tapi nak nampak mude tukarlah Mek). Aku dan kengkawan aku ni memang suke menggelar sorang kawan kami dengan nama tu. Jadi, bile pergi daftar kumpulan kelmarin spontan je nama tu terkeluar kebetulan pulak kawan kami tu pun ade main sama. Ada pulak yang mengubahnye jadi Mek Jah aduii. Yang penting bowling kelapa tu masuk final dan keputusanya juara. Hampernye sangat besar tapi tak sempat nak ambil sebab masing-masing dah 'lari' kelaparan. 

Okelah letih dan otak ni tibe-tibe je blur. Tak dapat nak celoteh panjang jadi silakan melihat sedikit rakaman kami untuk hari ini.

posing dulu :)

sebelum game bermula Mek Jemah Group

'bola bowling' kami

kapten kami the Mek Jemah

berguling-guling sambil melantun-lantun balingan dari aku. jatuh semua pin tuh.

'pin bowling' :) lin merangkap penjaga 'bola'

rehat ;)

break time sebelum ke game seterusnya. tak nak tengok game lain tapi keje bergambar je. kite memang suke kan.

bawak air dalam tapak tangan. bocor je lebih. :)

lin, banyak tak? :)

jannah, jangan pengk0 tangan tu. :)

suzi, masuk betol-betol ;)

alamak tak rotate dulu. tak pelah. tengok tu air menitiklah syira.hehehe

selesai sudah acara. masing-masing berangan nak jadi YB :)

Monday, July 04, 2011

Kenapa Parut Pembedahan Appendix Berulang Sakit ?


Assalamualaikum. Oke seperti yang dijanjikan aku dah pun jumpa artikel tentang tajuk ni. Nak tulis banyak pun aku bukan arif sangat dalam bidang perubatan ni. Apepun, aku kongsikan saje linknya disini. Jadi, korang bolehlah bace sebab artikel ni pun ditulis sendiri oleh doktor yang berkaitan dalam hal ni. Semoga kita semua mendapat manfaat diatas perkongsian ini. Selamat membaca !

Parut

Gambar hiasan

Hakikatnya parut ini tidak berdarah namun, apabila kesakitan itu kembali menerjah subahanallah sungguh menyakitkan dan memedihkan. Aku tidak tahu mengapa kesakitan diparut ini sering berulang-ulang sakitnya. Mungkin juga pergerakkan harianku yang agak aktif, melakukan kerja-kerja berat atau boleh jadi juga kesan dari turun naik tangga dan bergerak kesana-sini tanpa cakna tentang parut yang sekian lama terkesan ini. Apa sahaja andaian boleh dicipta tapi tidakku pasti apakah punca sebenar. Ada juga aku bertanyakan kepada mereka yang mempunyai kesan parut yang serupa tapi jawapannya hanya "biaselah sakit kadang-kadang tu sebab terlalu aftif pergerakkannya.." Aku kurang berpuas hati dengan jawapan tu. Yelah, kalau ianya memang benar tak apa. Tapi, kalau sebaliknya? Ish, seram aku memikirkannya. Aku tak mahu ada kesan sampingan atau penyakit lain yang tumbuh pula.

Appendix
12 tahun yang lepas, aku telah menjalani suatu pembedahan appendix. Seawal usia 9 tahun aku melalui pengalaman yang cukup pahit dalam hidup. Ya, memang tika itu aku tidak mengerti apa-apa tapi, kakak saudaraku dulu yang menghidap penyakit tersebut sedikit sebanyak memberikan aku sedikit info tentang penyakit itu. Yang aku tahu bila kena penyakit itu tak dapat tidak mesti kene buat pembedahan. Hanya itu yang aku pasti. Rupa-rupanya tidaklah semua appendix akan berakhir dengan pembedahan. Hanya yang betul-betul memerlukan sahaja yang akan diheret ke bilik pembedahan. Kalau ianya hanya mengalami bengkak diappendix maka, ia hanya bergantung kepada bantuan ubat-ubatan untuk menyembuhkan semula bengkak itu.


Aku, tidak senasib dengan kakak saudaraku. Appendixnya masih dalam keadaan yang biasa ( tidak pecah dan membusuk didalam perut ) tapi dia masih perlu untuk dibedah dengan segera. Jahitannya juga cukup cantik dan kemas juga tidaklah sepanjang parutan aku. Setiap orang diuji Allah dengan ujian yang berbeza. Ada yang diuji dengan penyakit yang sukar disembuhkan dan ada juga yang diuji dengan kematian. Ia bergantung kepada individu. Sukar ditentukan siapa yang mudah sembuh dan siapa yang sukar sembuh selepas pembedahan.

Situasi aku berbeza. Mungkin kerana aku terlalu takut dengan klinik dan hospital makanya aku terus-terusan menyembunyikan setiap deria sakit yang aku alami. Sejak dizaman tadika lagi perut disebelah kanan sering kesakitan. Maklumlah budak-budak ingatkan sakit yang biasa. Bisu tanpa pernah mengadu kepada ibu. Bila sakit aku akan berhenti bermain dan duduk sambil minum air yang banyak. Kadang-kadang aku sering menekan-nekan kedalam perutku ini untuk melegakan kesakitan. Selalunya ia berkesan. Tapi, sehinggalah hari itu tiba... sebelum kesekolah rutinnya aku akan meminum susu dan bersarapan dengan apa-apa yang telah disediakan ibu. Namun, pagi itu kurasakan seluruh perutku teramat sakit dan tak lalu untukku menjamah sarapan melainkan secawan susu. Aku tetap berdiam diri tanpa sepatah keluhan yang terkeluar dari bibir ni. Seperti biasa kesekolah bersama abang. Bermulanya kelas pertama subjek matematik. Hari itu kelincahanku tak seperti selalu. Aku lebih cenderung mendiamkan diri sambil memegang perut yang semakin sakit. Guru matematik ku merangkap guru kelas perasan akan perubahan aku pada hari itu. Maklum sajalah selalu akulah yang paling kepoh dalam kelas tu tapi hari itu akulah sebaik-baik manusia. Selepas tamat subjek yang pertama tu, cikgu Fuziah menghantar aku ke bilik sakit dan menyapukan ubat diseluruh perut. Beliau menelefon abah untuk menjemputku tapi malangnya abahku keluar daerah atas urusan kerja.

Tidak mengapalah aku akan pulang bersama abang petang nanti. Menjelang tengah hari rakanku menjemputku untuk rehat, makan tengah hari serta menunaikan solat zohor berjemaah. ( memang rutin disekolah untuk bejemaah zuhur dan asar sebab sekolah swasta jadi sekolah sama waktunya dengan orang bekerja ). Jangkaanku semakin sihat tapi rupa-rupanya semakin tenat. Aku tak mampu untuk berjalan apatah lagi mendaki anak tangga untuk kekelas tingkat 3. Solat pun aku terpaksa berpaut dilengan kawanku. Allah, sakitnya perut ni. Setibanya dirumah, aku terus terbaring sambil merengkukkan badan untuk menahan sakit diperut seram-sejuk je aku rasa. Beberapa minit kemudian, ibu dan abah pun pulang dari pejabat. Ibu terus kearahku. Bertanyakan keadaan dan mendapati aku demam. Sungguh panas badanku. Petang itu, abah membelikan sup kegemaranku untuk kebahkan panas dibadan tapi, sedikit pun aku tak terliur. Tengah sakitkan. Ibu tetap menyuapkan nasi kemulutku tapi aku terus memuntahkan balik. Pap ! aku semakin takut. Sakit apakah ni? Usai solat maghrib ibu dan abah menghantarku ke klinik. Aku tak mampu berjalan secara biasa melainkan dengan membongkok. Akhirnya tekaan ibu tepat. Ya, aku disahkan appendix dan perlu segera untuk kehospital besar. Aku menangis semahunya tatkala mengetahui berita aku perlu dibedah dengan segara.

Mujur ibuku waktu itu bertugas dihospital Kuala Pilah jadi, aku terus dihantar kesana kata ibu mudah sikit sebab dah kenal orang disana. Malam itu terus dimasukkan ke wad kecemasan untuk ambil sampel darah, air kencing dan masukkan air dalam badan. Memang sakit bila jarum itu tertusuk diurat ini. Diikutkan malam tu jugak perlu dibedah tapi memandangkan ada kekangan jadi ditunda besok hari. Keesokannya, aku semakin sakit sehingga diberikan ubat penenang. Disebabkan itu giliranku kebilik bedah dipercepatkan sehingga terpaksa mengambil giliran orang lain. ( cuti sekolah masa tu ramai sangat berkhatan ) Dalam kesamaran dan kemamaian aku disarungkan baju untuk pembedahan. Sayup-sayup kedengaran ibu membisikkan kalimah syahadah ditelinga dan selawat yang tak putus-putus. Aku mengikut walau tak berapa dengar dan betul bacaan ibu. Tanpa sedar airmata ibu dan aku menyatu. Saat itu aku rasakan usiaku tidak panjang. Saat ditolak kebilik pembedahan masih lagi kedengaran suara ibu. Sayunya waktu itu tapi aku tak berdaya membuka mata dan menjawab ibu kerana ubat penenang tu sangat kuat. Masuk saja diruang menunggu bilik pembedahan udaranya sangat sejuk sehingga mencengkam tulang. Aku celikkan mata untuk memastikan dimanakah aku berada. Dalam pencarian itu, aku ternampak lampu yang besar serta alatan-alatan pembedahan. Tapi, pandangan ku dialih oleh jururawat katanya jangan takut dan aku diberikan ubat bius. Pandangan semakin jauh, jauh dan jauh akhirnya terus hilang tanpa sedar apa yang berlaku.

Appendix sewaktu dikeluarkan

Selesai sudah pembedahan aku. Alhamdulillah segalanya selamat. Menjelang maghrib ibu mengejutkan aku. Tapi, aku masih dalam keadaan separuh sedar. Kata doktor ubat bius aku banyak sebab tak mahu aku tersedar ketika pembedahan sedang dijalankan lagipun ibu kata appendix aku dah pecah dan dah merebak mujur hanya kesebelah perut. Takutnya aku dengar lebih-lebih lagi melihatkan tiub nanah disebelah kanan perut ni. 2 plastik nanah aku keluar. Ibu kata doktor tak boleh nak janji apa-apa sebab peratus pembedahan ni 50-50 jangka masanya juga agak lama. Ibu berpeluang melihat sendiri appendix yang dikeluarkan. Ada 2 botol sebab dah pecah. Risaunya ibu hanya tuhan yang tahu. Selepas pembedahan aku disuruh 'berpuasa'. Tak boleh makan dan minum. Hinggalah hari terakhir sebelum pulang aku kena makan dan minum untuk melihat tindak balas perut, Kalau muntah aku terpaksa menjalani pembedahan semula. Alhamdulillah, segalanya oke. Nak cerita tentang jahitan aku memang tersangat hodoh dan agak panjang berbanding yang lain. Kata doktor in case senang nak buka balik.

Selepas keluar hospital aku terus dihantar ke Johor untuk dijaga oleh mak ngah memandangkan tak ada yang boleh menjaga aku sewaktu ibu bekerja. Berjauhanlah sekejap dalam keadaan sakit ni. Lagipun, ibu dah banyak tolong jagakan aku kat hospital dulu sampai tak kerja padahal satu bangunan je pun. 3 bulan MC ditambah dengan tambahan seminggu sebab demam campak pulak. Masa demam campak tu mak cik aku yang kat KL pulak yang jaga. Terima kasih buat yang sudi menjaga aku sepanjang kesakitan dan juga kegembiraan aku sehingga hari ini. Allah sehajalah yang dapat membalasnya.

Jika anda meraskan sakit, jangan bertangguh untuk membuat check-up. Mungkin langkah awal dapat mencegah dari penyakit yang tidak diingini. Dan, untuk mengetahui kenapa parut pembedahan boleh berulang sakit Insya-Allah aku akan cuba mencari jawapannya secepat mungkin. Sekadar perkongsian pengalaman dari aku untuk kamu.

Friday, July 01, 2011

Kisah Roti

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.


Roti. Sangat menyukai roti. Ada yang bertanya kenapa roti? Boleh gemuk tau. Slumber je aku jawab dah memang gemuk pun kot. haha. Macam manalah aku boleh ter'addicted' dengan roti? Haaa, masa zaman sekolah dulu abah aku selalu belikan roti ni untuk sarapan kadang-kadang tu lepas balik sekolah pun terus je sambar roti ni. Pantang pergi kedai, dah jadi satu kemestian untuk beli sebabnya abah aku pun amat menyukainya lebih-lebih lagi perasa vanila. Sekarang ni jarang nak jumpa perisa vanila jadi abah pun dah kuranglah makan roti ni. Tapi, aku pula yang 'perkenalkan' roti yang lain kepadanya sampai sekarang family aku pula yang ter'addicted' nak makan selalu. hehe.

Inilah roti yang berjaya aku 'pengaruhi' keluarga aku. mula-mula semua tak nak makan. dah makan sekali baru tau 'betul-betul sedap' macam tagline kat plastik tu. kalau duduk kat kampus ni adelah sekali dua je beli sebab mahal la. RM4 tu pun kecik je sekali hadap memang habis lagi-lagi makan kongsi-kongsi dengan kengkawan. memang tak sedar tau-tau je da 'elek'. memang tak dinafikanlah mahal-mahal pun sekali stok sampai petang tu memang licin. haha.

Yang ni pulak susu kegemaran aku adik-beradik. kalau hadap roti yang atas tu memang tak lengkap la kalau tak de susu ni. sedap rasenye macam air vanila jek. nak lagi sedap campurkan dengan ais-krim vanila dan ais pastu blend jadilah ice-blended vanilla flavour. pergh ! memang terbaeklah. ( dah terliur ni mane nak carik tengah-tengah malam ) hehe. kalau kat rumah pantang jumpe sebat lalu. haha.



Dulu 50 sen je. boleh beli banyak-banyak buat stok. pastu naik 60 still boleh lagi la kompromi. la ni dah naik 70 sen. aduii roti pun mau naik jugak ka? maaflah tekak dan perut sekeping seminggu jelah merase. haha

Apepun, roti Malaysia memang berbeza dengan roti arab. Kat sane 'home-made' bila dah home-made ni rase pun lainlah kan. Mungkin lagi sedap la sebab tak de campuran ape-ape yang penting lagi besar. Sekali makan cukup kot. hehe. 

Roti ni memang makanan asasi orang arab. kaya dengan khasiat seperti karbohidrat, kalsium susu, protien dan lain-lain. gambar ni ihsan google sebab aku tak berkesempatan lagi nak ziarah negara arab. hehe


Ni roti yang mule-mule keluar. roti kosong kekadang aku panggil roti putih je. rasenye pun neutral je. tak de perisa tambahan macam butter-scoth yang baru tu. selalu sapu dengan mentega + tabur gula katupkan tak pun doublekan. sedap weh. selalu bawa bekal pergi tadika. hehe. nak lagi sedap kite bako je. tapi, bile dah masuk u ni adelah macam-macam resepi orang ajar. kawan aku si jannah ni suke buat pizza roti. sedap giler. kalau teringin nak makan pizza tapi ade kekangan belasah jelah pizza roti ni. hehe. dah duduk blok baru ni susah nak masak-memasak. jannah nak pizza roti kau. whaha.
 Okelah, tu je nak cerite pasal roti. Betul ke tid0k roti ni boleh menggemukkan wallahu'alam. Aku pun tak tahu sejauh mana kesahihannya sebab aku teramat sukakan roti. Kalau betul pun belum tentu aku tak makan roti ni banyak-banyak. Pencinta roti ~