Gambar hiasan |
Hakikatnya parut ini tidak berdarah namun, apabila kesakitan itu kembali menerjah subahanallah sungguh menyakitkan dan memedihkan. Aku tidak tahu mengapa kesakitan diparut ini sering berulang-ulang sakitnya. Mungkin juga pergerakkan harianku yang agak aktif, melakukan kerja-kerja berat atau boleh jadi juga kesan dari turun naik tangga dan bergerak kesana-sini tanpa cakna tentang parut yang sekian lama terkesan ini. Apa sahaja andaian boleh dicipta tapi tidakku pasti apakah punca sebenar. Ada juga aku bertanyakan kepada mereka yang mempunyai kesan parut yang serupa tapi jawapannya hanya "biaselah sakit kadang-kadang tu sebab terlalu aftif pergerakkannya.." Aku kurang berpuas hati dengan jawapan tu. Yelah, kalau ianya memang benar tak apa. Tapi, kalau sebaliknya? Ish, seram aku memikirkannya. Aku tak mahu ada kesan sampingan atau penyakit lain yang tumbuh pula.
Appendix |
Aku, tidak senasib dengan kakak saudaraku. Appendixnya masih dalam keadaan yang biasa ( tidak pecah dan membusuk didalam perut ) tapi dia masih perlu untuk dibedah dengan segera. Jahitannya juga cukup cantik dan kemas juga tidaklah sepanjang parutan aku. Setiap orang diuji Allah dengan ujian yang berbeza. Ada yang diuji dengan penyakit yang sukar disembuhkan dan ada juga yang diuji dengan kematian. Ia bergantung kepada individu. Sukar ditentukan siapa yang mudah sembuh dan siapa yang sukar sembuh selepas pembedahan.
Situasi aku berbeza. Mungkin kerana aku terlalu takut dengan klinik dan hospital makanya aku terus-terusan menyembunyikan setiap deria sakit yang aku alami. Sejak dizaman tadika lagi perut disebelah kanan sering kesakitan. Maklumlah budak-budak ingatkan sakit yang biasa. Bisu tanpa pernah mengadu kepada ibu. Bila sakit aku akan berhenti bermain dan duduk sambil minum air yang banyak. Kadang-kadang aku sering menekan-nekan kedalam perutku ini untuk melegakan kesakitan. Selalunya ia berkesan. Tapi, sehinggalah hari itu tiba... sebelum kesekolah rutinnya aku akan meminum susu dan bersarapan dengan apa-apa yang telah disediakan ibu. Namun, pagi itu kurasakan seluruh perutku teramat sakit dan tak lalu untukku menjamah sarapan melainkan secawan susu. Aku tetap berdiam diri tanpa sepatah keluhan yang terkeluar dari bibir ni. Seperti biasa kesekolah bersama abang. Bermulanya kelas pertama subjek matematik. Hari itu kelincahanku tak seperti selalu. Aku lebih cenderung mendiamkan diri sambil memegang perut yang semakin sakit. Guru matematik ku merangkap guru kelas perasan akan perubahan aku pada hari itu. Maklum sajalah selalu akulah yang paling kepoh dalam kelas tu tapi hari itu akulah sebaik-baik manusia. Selepas tamat subjek yang pertama tu, cikgu Fuziah menghantar aku ke bilik sakit dan menyapukan ubat diseluruh perut. Beliau menelefon abah untuk menjemputku tapi malangnya abahku keluar daerah atas urusan kerja.
Tidak mengapalah aku akan pulang bersama abang petang nanti. Menjelang tengah hari rakanku menjemputku untuk rehat, makan tengah hari serta menunaikan solat zohor berjemaah. ( memang rutin disekolah untuk bejemaah zuhur dan asar sebab sekolah swasta jadi sekolah sama waktunya dengan orang bekerja ). Jangkaanku semakin sihat tapi rupa-rupanya semakin tenat. Aku tak mampu untuk berjalan apatah lagi mendaki anak tangga untuk kekelas tingkat 3. Solat pun aku terpaksa berpaut dilengan kawanku. Allah, sakitnya perut ni. Setibanya dirumah, aku terus terbaring sambil merengkukkan badan untuk menahan sakit diperut seram-sejuk je aku rasa. Beberapa minit kemudian, ibu dan abah pun pulang dari pejabat. Ibu terus kearahku. Bertanyakan keadaan dan mendapati aku demam. Sungguh panas badanku. Petang itu, abah membelikan sup kegemaranku untuk kebahkan panas dibadan tapi, sedikit pun aku tak terliur. Tengah sakitkan. Ibu tetap menyuapkan nasi kemulutku tapi aku terus memuntahkan balik. Pap ! aku semakin takut. Sakit apakah ni? Usai solat maghrib ibu dan abah menghantarku ke klinik. Aku tak mampu berjalan secara biasa melainkan dengan membongkok. Akhirnya tekaan ibu tepat. Ya, aku disahkan appendix dan perlu segera untuk kehospital besar. Aku menangis semahunya tatkala mengetahui berita aku perlu dibedah dengan segara.
Mujur ibuku waktu itu bertugas dihospital Kuala Pilah jadi, aku terus dihantar kesana kata ibu mudah sikit sebab dah kenal orang disana. Malam itu terus dimasukkan ke wad kecemasan untuk ambil sampel darah, air kencing dan masukkan air dalam badan. Memang sakit bila jarum itu tertusuk diurat ini. Diikutkan malam tu jugak perlu dibedah tapi memandangkan ada kekangan jadi ditunda besok hari. Keesokannya, aku semakin sakit sehingga diberikan ubat penenang. Disebabkan itu giliranku kebilik bedah dipercepatkan sehingga terpaksa mengambil giliran orang lain. ( cuti sekolah masa tu ramai sangat berkhatan ) Dalam kesamaran dan kemamaian aku disarungkan baju untuk pembedahan. Sayup-sayup kedengaran ibu membisikkan kalimah syahadah ditelinga dan selawat yang tak putus-putus. Aku mengikut walau tak berapa dengar dan betul bacaan ibu. Tanpa sedar airmata ibu dan aku menyatu. Saat itu aku rasakan usiaku tidak panjang. Saat ditolak kebilik pembedahan masih lagi kedengaran suara ibu. Sayunya waktu itu tapi aku tak berdaya membuka mata dan menjawab ibu kerana ubat penenang tu sangat kuat. Masuk saja diruang menunggu bilik pembedahan udaranya sangat sejuk sehingga mencengkam tulang. Aku celikkan mata untuk memastikan dimanakah aku berada. Dalam pencarian itu, aku ternampak lampu yang besar serta alatan-alatan pembedahan. Tapi, pandangan ku dialih oleh jururawat katanya jangan takut dan aku diberikan ubat bius. Pandangan semakin jauh, jauh dan jauh akhirnya terus hilang tanpa sedar apa yang berlaku.
Appendix sewaktu dikeluarkan |
Selesai sudah pembedahan aku. Alhamdulillah segalanya selamat. Menjelang maghrib ibu mengejutkan aku. Tapi, aku masih dalam keadaan separuh sedar. Kata doktor ubat bius aku banyak sebab tak mahu aku tersedar ketika pembedahan sedang dijalankan lagipun ibu kata appendix aku dah pecah dan dah merebak mujur hanya kesebelah perut. Takutnya aku dengar lebih-lebih lagi melihatkan tiub nanah disebelah kanan perut ni. 2 plastik nanah aku keluar. Ibu kata doktor tak boleh nak janji apa-apa sebab peratus pembedahan ni 50-50 jangka masanya juga agak lama. Ibu berpeluang melihat sendiri appendix yang dikeluarkan. Ada 2 botol sebab dah pecah. Risaunya ibu hanya tuhan yang tahu. Selepas pembedahan aku disuruh 'berpuasa'. Tak boleh makan dan minum. Hinggalah hari terakhir sebelum pulang aku kena makan dan minum untuk melihat tindak balas perut, Kalau muntah aku terpaksa menjalani pembedahan semula. Alhamdulillah, segalanya oke. Nak cerita tentang jahitan aku memang tersangat hodoh dan agak panjang berbanding yang lain. Kata doktor in case senang nak buka balik.
Selepas keluar hospital aku terus dihantar ke Johor untuk dijaga oleh mak ngah memandangkan tak ada yang boleh menjaga aku sewaktu ibu bekerja. Berjauhanlah sekejap dalam keadaan sakit ni. Lagipun, ibu dah banyak tolong jagakan aku kat hospital dulu sampai tak kerja padahal satu bangunan je pun. 3 bulan MC ditambah dengan tambahan seminggu sebab demam campak pulak. Masa demam campak tu mak cik aku yang kat KL pulak yang jaga. Terima kasih buat yang sudi menjaga aku sepanjang kesakitan dan juga kegembiraan aku sehingga hari ini. Allah sehajalah yang dapat membalasnya.
Jika anda meraskan sakit, jangan bertangguh untuk membuat check-up. Mungkin langkah awal dapat mencegah dari penyakit yang tidak diingini. Dan, untuk mengetahui kenapa parut pembedahan boleh berulang sakit Insya-Allah aku akan cuba mencari jawapannya secepat mungkin. Sekadar perkongsian pengalaman dari aku untuk kamu.
No comments:
Post a Comment