Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.
Roti. Sangat menyukai roti. Ada yang bertanya kenapa roti? Boleh gemuk tau. Slumber je aku jawab dah memang gemuk pun kot. haha. Macam manalah aku boleh ter'addicted' dengan roti? Haaa, masa zaman sekolah dulu abah aku selalu belikan roti ni untuk sarapan kadang-kadang tu lepas balik sekolah pun terus je sambar roti ni. Pantang pergi kedai, dah jadi satu kemestian untuk beli sebabnya abah aku pun amat menyukainya lebih-lebih lagi perasa vanila. Sekarang ni jarang nak jumpa perisa vanila jadi abah pun dah kuranglah makan roti ni. Tapi, aku pula yang 'perkenalkan' roti yang lain kepadanya sampai sekarang family aku pula yang ter'addicted' nak makan selalu. hehe.
Apepun, roti Malaysia memang berbeza dengan roti arab. Kat sane 'home-made' bila dah home-made ni rase pun lainlah kan. Mungkin lagi sedap la sebab tak de campuran ape-ape yang penting lagi besar. Sekali makan cukup kot. hehe.
Ni roti yang mule-mule keluar. roti kosong kekadang aku panggil roti putih je. rasenye pun neutral je. tak de perisa tambahan macam butter-scoth yang baru tu. selalu sapu dengan mentega + tabur gula katupkan tak pun doublekan. sedap weh. selalu bawa bekal pergi tadika. hehe. nak lagi sedap kite bako je. tapi, bile dah masuk u ni adelah macam-macam resepi orang ajar. kawan aku si jannah ni suke buat pizza roti. sedap giler. kalau teringin nak makan pizza tapi ade kekangan belasah jelah pizza roti ni. hehe. dah duduk blok baru ni susah nak masak-memasak. jannah nak pizza roti kau. whaha. |
Hari-hari sini makan rotiii:(
ReplyDelete