Friday, June 24, 2011

Jika . . .

jika tiada angin
masakan pokok bergoyang
menyapa sang angin
lembut menyentuh pipi

jika tiada mentari
gelaplah kiranya penduduk bumi
meraba, teraba dalam ilusi
umpama si buta bangkit berdiri

jika tiada air
tanduslah penduduk alam
tiada lagi hayat buat insan
umpama bangkai bergelimpangan

jika tiada kehidupan
masakan terwujudnya sayang
tersimpulnya simpati
sebatinya ukhuwah

jika bukan kerana cinta Illahi
tidakkan terbentangnya nikmat insani
suka, duka silih berganti
teriringnya bersama rahmat dijanji

jika bukan kerana pencipta
takkan kita melihat dunia
merasai cinta manusia
yang bersifat sementara cuma

hakikatnya jika tiada pencipta tidakkan terwujud segalanya

No comments:

Post a Comment