Tuesday, June 07, 2011

Limau Purut

Assalamualaikum buat pengunjung blog ni. Memandangkan minggu lepas aku baru balik dari kampung moyang aku di Kampung Tenang, Labis, Segamat, Johor ( memang tenang je ) untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu abah jadi, macam-macamlah yang dibawa balik. Haa kalau tak penuh but kereta dengan pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan segala macam ulam-ulaman tak lah balik kampung namanya ye tak? Maklum sajalah orang kampung ni memang suka bercucuk tanam. Seronok tengok semua tanaman menjadi cakap je nak ape petik. Segar-segar dapat bawa balik rumah. Tambahan pulak percuma. Dalam sibuk-sibuk ibu dan abah bersembang dengan sedara-mara, buka pula topik pasal limau purut ni. Inilah yang aku nak kongsi serba sikit khasiatnya dengan rakan-rakan blog.

Limau purut atau nama saintifiknya Citrus Hystrix ini bukan sahaja digunakan didalam perubatan tradisional Melayu selain daunnya digunakan dalam masakan seperti tom yam malah ianya juga berkesan sebagai penggalak antitumor iaitu kanser. Buahnya boleh digunakan terus untuk mencuci kepala, dipercayai boleh menghilangkan kelemumur, melegakan kulit kepala dan mengharumkan rambut. Sebelum perapi rambut diperkenalkan, perahan limau yang turut mengandungi asid sitrik digunakan serata dunia untuk merapi dan menyinarkan rambut. Asid sitrik kini lebih dikenali sebagai AHA dengan khasiat tersendiri, sentiasa digunakan membuat krim kulit yang dirumus daripada AHA. Kandungan asidnya membantu mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga boleh digosok pada seluruh badan untuk menghilangkan bau badan serta boleh membunuh pacat. Limau purut juga dikatakan mampu menghilangkan bau-bauan hanyir dan kuat contohnya ikan dan getah scrap dan dijadikan sebagai pewangi didalam kereta mahupun rumah. Ianya juga berupaya merawat luka, lebam, gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah. Airnya boleh diminum dicampurkan dengan sedikit air walaupun rasanya sedikit kelat berbanding limau kasturi boleh juga ditambahkan sedikit garam. Ia dipercayai mampu menghilangkan keletihan dan sakit-sakit badan.

pokok limau purut
daun limau purut
Terkenal sebagai sumber asid sitrik terbaik, buah limau purut berbentuk bulat dan kulitnya hijau berkedut. Pokoknya pula kecil. Batang dan rantingnya dipenuhi duri. Daunnya berbentuk kembar dua, berwarna hijau dan selalunya digunakan sebagai penambah aroma makanan. Ada kala daunnya dijadikan air rebusan mandian terutama ketika dalam pantang.
Oke bila dah tahu kepelbagaian khasiat limau purut ni, abah aku pun terus la letak kat dalam kereta dia. Ibu pula siap parut letak kat ruang tamu, aku letak kat bilik lah. Sedap baunya harum. Tapi, tak semua orang yang suka akan bau limau purut ni contohnya sepupu abah aku langsung tak boleh cium walhal dekat rumah dia ade je. Ibu aku ade tanam tapi buahnya tak normal kecil-kecil sebab tanam dalam pasu orang kate pertumbuhan dia terbantut. Selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment