Saturday, May 21, 2011

::Mencari Sakinah::


Apabila kita asyik termenung 
memikirkan nasib diri disini
Merenung jauh mereka disana hidup
penuh keseronokkan dan kegembiraan
Namun
kita masih tidak sedar tentang hakikat
erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya

Ramai orang tersalah sangka
tentang maksud ketenangan dalam hidupnya
Selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta
dengan faktor kekayaan
Walaupun itu boleh menjadi penyumbang
TETAPI
itu bukan segala-galanya
Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur diatas katil yang empuk
TETAPI
dia tidak lebih enak
ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur dipondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena daripada kita
Ada orang yang berada dihadapannya
hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
TETAPI
lidahnya tidak enak
Lebih enak lagi orang yang
makan dengan kadang-kadang
satu dua mata lauk
TETAPI
dia lebih sedap dan selesa dengan makannya

Kata Hamka :
Lihatlah bagaimana ALLAH
membahagi-bahagikan nikmat
Semua orang sangka
kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
BELUM TENTU !

Sambil duduk bersembang bersama abang sebentar tadi, dia telah mendengarkan aku dengan bait-bait kata-kata ini. Sungguh ! aku terpesona mendengar setiap bait dan susunannya. Berlatar belakangkan alunan irama yang sungguh syahdu, aku menyelami setiap ayat yang dilontarkan. Betapa indahnya sakinah ALLAH untuk hamba-hamba-NYA cuma terpulang kepada kita untuk menentukan dan merungkai setiap ketenangan yang telah dikurniakan. Ada orang mengatakan ketenangan itu hadir bersama dengan kekayaan dan juga kesenangan. Ada pula orang mengaitkan ketenangan itu dengan tenangnya jiwa dan perasaan walaupun tanpa harta yang berbondong-bondong. Itu persepsi kita sebagai manusia namun, hakikatnya tiada siapa yang mampu menghalang ketetapan ALLAH.

 ~ MENCARI SAKINAH ~


2 comments:

  1. name cousin aku pon sakinah,,,same x??ehehehe :P

    ReplyDelete
  2. tu sakinah kau tak tenang2..hahaha.. ni ketenangan..

    ReplyDelete