Monday, June 20, 2011

Sayang d'sayang


andai sayang harus diuji
aku rela menelan sepahit ini
andai sayang harus dikongsi
maaf, itu bukan pinta hati

andai disayang terus diluka
cukup kau tahu aku terseksa
andai disayang buatmu sengsara
aku dahulu pantas merasa

andai sayang belum terbukti
tiada apa harus kubuat selain menyepi
andai sayang sering disalaherti
maaf, itu tak mampu kuhindari

andai disayang buat kau kehilangan
jangan sekali berlindung sebalik bayangan
andai disayang kau dalam kekeliruan
cukup layanan tanpa kemesraan

kadang-kadang kita tidak sedar, bermula dengan kemesraan mampu menerbitkan pengharapan. apabila harapan itu tidak sama dengan apa yang diharapkan pasti bagai tsunami kecewa datang menghempas tangkai hati. dan kadang-kadang kemesraan itu sering disalah tafsir. mungkin itu memang cara dia cuma kita sahaja yang terlebih perasan. ingatkan suka rupanya biasa saja.

sayang bukan paksaan. sayang juga bukan mainan. ya, mungkin kita senang sahaja menuturkan kata sayang walau hakikatnya bukan itu yang dimaksudkan. kita bebas menyayangi semua makhluk didunia secara rahsia mahupun secara zahir. tetapi, awas ! jangan sesekali mengharapkan sayang akan terbalas. sayang tak bermakna d'sayang. cukup mngetahui diri menyayangi dari mengetahui yang disayang tidak menyayangi.

memang madu itu manis hakikatnya. tapi, dalam situasi berbeza madu juga dianggap pahit terpulanglah bagaimana kita mencorakkannya. umpama memakan madu bersama hempedu, bibir tersenyum hati menangis tak siapa yang tahu.

3 comments:

  1. Assalamualaikum,kakakku tersayang:) Adakala marah,sakit hati,kecewa,bingung,pahit bisa ditelan.Namun,masih harus di ingat,wanita selalu menyimpan dan juga terpendam..tidak dinafikan saya juga,:)he..he..tapi jujur dan berterus terang adalah lebih melegakan berbanding memendam.:)Adakala juga,kita payah untuk memafkan insan tapi kenanglah kebaikan yg berada dalam dirinya dan lupakan kemarahan.Marah itu api,padamkanlah ia dengan air suci:)Lupakanlah nescaya kita lupa semuanya.hehehe:)
    Salam manis ceria dari Cik Qalam,wp hati menangis,tekallah bibir senyum..kerana dengan senyuman hanya membuatkan hati bahagia:)Senyumlah selagi mampu tersenym:D sENYUM 3 UTK kAK pAH:D

    ReplyDelete
  2. salam berkongsi cerita di sini,
    baru pertama kali menjejak ke sini,
    terasa ada kelainan. (",)

    ReplyDelete
  3. kalam kudus> t.kasih adikku leha senyum balik ni hehehe (:

    pelaut rabbani> terime kasih atas kunjungan. ape kelainannye tu ye..

    ReplyDelete