Monday, July 11, 2011

Ini Yang Terbaik Tercipta Buatku

Seringkali dikeluh, dirungut dan dipersoalkan:

Kenapa aku tidak secantik dia?
Bersyukurlah wahai insan. Cantik hanya dimata manusia belum tentu dihadapan Allah. Kecantikan itu ujian Allah. Barangkali jika kau secantik itu malah lebih lagi mungkin akan terpahat riak didadamu. Barangkali engkau cuba untuk menunjuk-nunjuk kecantikkan itu secara berlebih-lebih agar menjadi kegilaan ramai.

Kenapa aku tidak sepandai dia?
Manusia dijadikan berbeza-beza. Setiapnya disertakan kelebihan dan kekurangan tersendiri. Melalui itulah manusia saling melengkapi. Kekurangan itu adalah kelebihan engkau begitu juga sebaliknya. Andai segalanya dicipta dengan kelebihan maka tiada siapa akan memerlukan sesiapa sebagai pembantu. Maka, sepatutnya kita bersyukur dengan segala kelebihan dan kekurangan yang telah dianugerahkan. Bukan semua kekurangan membawa petaka dan bukan juga segala kebaikan serta kelebihan menjanjikan bahagia selamanya. Ingat, Allah bisa merampas segala apa yang dipinjamkan. 

Kenapa aku tidak sekaya dia?
Soal hidup-mati,jodoh-pertemuan,rezeki segalanya telah ditentukan. Tapi, sebagai manusia kita hanya mampu berusaha untuk memperbaiki kehidupan ini. Bukan dengan hanya memandang kekayaan orang lain akan menukarkan kemewahan milik kita. Kekayaan juga Allah jadikan sebagai dugaan. Apakah kita akan menyalurkan kekayaan itu dengan sebaiknya atau sebaliknya bermegah-megah dengan harta kekayaan? Ya, setiap orang mampu menabur janji dan impian tapi adakah itu akan direalisasikan? Tepuk dada tanya iman.

Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan. Biar bukan seorang rupawan,jelitawan, cendekiawan dan hartawan hanya ini yang terbaik buat aku. Aku yakin disetiap penciptaan ini tersirat didalamnya 1001 erti. Terima kasih ya Allah kerana terlalu banyak memberi pinjaman kepada insan hina ini. Hanya ini yang terbaik tercipta buatku.

Syukurilah kamu dengan setiap pemberian Allah kerana bukan semua insan didunia ini memiliki apa yang engkau perolehi

No comments:

Post a Comment