Wednesday, April 06, 2011

Hikmah disebalik . . .

Salam pertemuan buat semua.
Hari ni berakhir sudah debaran untuk mengambil peperiksaan MUET (speaking) je baru. Bukan yang lain tu tak berdebar tapi mentaliti pelajar speaking tu umpama 'pembunuh' utama dalam peperiksaan MUET. Sampai ade yang sanggup 'skip' sebab takut nak hadapi padahal kalau tak datang maka mereka semua TIDAK AKAN LAYAK MENDAPAT KEPUTUSAN. Terus tak de band. Aish sanggup ke nak ngulang banyak kali?

Seawal jam 7.10 pagi aku dan Jannah dah terpacak kat Bangunan Akademik (BA) bukan 'excited' tapi takut terlewat yelah kat slip pekse pukul 7.30 pagi jadi kiteorang pun ambil keputusan nak pergi awal lagipun BA tu dah la jauh.Sampai je kat sane sorang umat pun tak de lagi apetah pengawas peperiksaan tu lagilah tak nampak. Peh ! bengang pun ade. Akhirnya pukul 8 pagi barulah kami masuk ke bilik kuarintin. Lamenye menunggu. Selepas diberi taklimat angka giliran pun dibaca. Aku termasuk kumpulan yang pertama untuk sesi pertama dan untuk hari keempat peperiksaan tu bermula. Ape? aku satu kumpulan dengan budak 'TESL' ! Arghhhh ! cuak gile lah. Jannah pulak tercampak kat kumpulan kedua dengan budak 'LAW'. Hebatlah. HAHAHA. Memandangkan kami ni hanya Pengajian Islam, jadi terase amat kerdil bile digandingkan dengan mereke.

Aku, Jannah dan Lin je yang tercampak hari ni untuk 'speaking'. Tapi Lin kene sesi kedua dan agak bernasib baik sebab sekali dengan set-set Pengajian Islam. Aku pun tak tahu kenape kami bertige je yang tersesat untuk hari ni sedangkan kebanyakkan kawan-kawan sekelas kene same-same minggu depan. Dan harapan untuk same kumpulan tu amatlah cerah.Waaaaaaa seronok ea korang.

macam ni lah suasana dalam bilik periksa tu


Semasa peperiksaan sedang dijalankan.
Kumpulan aku ni istimewa sikit sebab satu-satunya 'kumbang' untuk sesi pagi berada disebelah aku. Nasib baik adik. HAHAHA. Tajuknye agak mudah " Most Benificial Tv Programme To Watch" dan aku akan bercakap tentang 'Documentaries'. Sok sek... sok sek... sok sek dan tibelah giliran aku. Tibe-tibe pengawas tu cakap "You suppose to talk about entertainment candidate C" huh? what the ... ? Masa tu gelabah gilelah aku. Nasib baik 'adik' tadi tu cakap yang kami tertukar soalan. Salah dieorang la kan. Sape suruh salah bagi soalan. Rase cam nak gugur je jantung masa tu. Nasib aku baik sebab teruskan je dengan 'point' tu kalau tak jenuh jugak nak kene cakap spontan.

macam2 persoalan kat kepala ni gelabah kemaen

Luar bilik peperiksaan.
Alhamdulillah. Lege rasenye. Dapat buat yang terbaik untuk 'speaking' ni. Bile fikir-fikir balik ni lah agaknye hikmah disebalik tertukar kertas soalan tadi. Mungkin kalau aku dapat soalan yang sepatutnya aku jawab tadi agak-agaknya tak lah aku dapat buat yang sebaiknya kan. Bukan tak boleh tapi mungkin kurang baik. Syukur walau pada mulanya sangat cuak. Orang kata "Jangan nilai orang pada luarannya sahaja" walaupun aku gerun dengan budak TESL tu tapi hakikatnya kita same je. Mungkin mereke ade kelebihan sedikit berbanding aku. Apepun aku memang tabik pada diaorang ni. Tak sombong pun peramah sangat dan sangat membantu. Terime kasih lah kepada mereke.

Moral:
Anggaplah ape yang berlaku dalam kehidupan seharian ini sebagai satu ujian. Dengan itu kite akan sedar dan berfikir sejenak hikmah disebalik kejadian kerna kite hanya hamba yang tak mampu mencungkil segala rahsia diatas setiap kejadian itu. Andai saje kite dapat mengetahui mungkin akan hilang rase kesyukuran tu sebab kite dah tahu segalanya dan pada masa tu berebut-rebutlah orang nak lalui kesukaran.Jangan suke menilai seseorang dari luarannya saje. Walau zahir nampak cantik namun belum tentu yang kat dalam tu jugak cantik. Bile kite ditakdirkan untuk bergandingan dengan orang lebih hebat dari kita usah gentar kerana itu semua sebagai cabaran dan sebagai pengukur kebolehan diri. Boleh jadi itu sebagai satu fasa pembelajaran sebab kat situ kite boleh menilai sejauh mana pulak kehebatan kite. Laluilah setiap ujian itu dengan ketenangan kerna dengan sedikit kesukaran kejayaan akan menyusul, dengan secebis kedukaan kebahagiaan akan menyinar dan dengan secalit keperitan keindahan pasti menguntum. Wallahu'alam.

1 comment:

  1. leganyer kan dh lpas...kite tumpu kt 3 ag deh....cayok2!!

    ReplyDelete